Aku Marah!

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

"Kalau kau rasa aku curi customer kau, ko pegi kutip semua bukti bukti, ko pergi Bukit Aman, ko pegi la report betina! Kau ingat aku nak sangat ke makan komisyen kau tau, bodoh punya orang!", kata aku kepada sales agent TMpoint Authorised Dealer Bangi. Berita Selanjutnya...

Cerita 1:
TMpoint Authorised Dealer Bangi (TAD Bangi) suatu ketika dahulu pernah berlaku kemerosotan jualan produk TM seperti Blockbuster Deals, Office In A Box, dan pelbagai lagi. Maka, ada hamba Allah datang untuk menjadi Sales Agent di sini. Maka dengan persetujuan Boss, meraka boleh ambil mana-mana customer, daftar, dan hantar borang ke TAD Bangi.

Cerita 2:
Bila borang-borang semua dah hantar, maka kami sebagai executive dan officer disini mendaftar pelanggan mereka ke dalam sistem seperti biasa. Kemudian dalam masa 7 hari bekerja, kami akan dapat tahu apa status pendaftaran tersebut. Aku pun tak pandai sangat nak explain macam mana sistem tu. Jika status pelanggan tersebut OK, maka talian telefon tetap akan dipasang oleh Vendor TM terus ke rumah mereka. Jika status pelanggan tersebut KO, maka mereka harus pergi ke mana-mana TMpoint Centre untuk mendaftar semula kerana TAD Bangi atau mana-mana TMpoint Authorised Dealer tidak boleh selesaikan masalah tersebut.

Cerita 3:
Malas nak cerita panjang. Berbalik kepada dua orang ni tadi, dorang konon dah masyuk la ni, memang berlambak pun form yang dorang bawak, tapi harus ingat, walaupun komisyen yang mereka dapat 100% dari jualan mereka, tetapi hanya pelanggan yang OK sahaja. Dipendekkan lagi cerita, dorang ni aku kira-kira komisyen, dorang dapat RM500, pembayaran akan dibuat selepas kami (stuf TM) dapat claim dari TM yang dekat Pantai Dalam tu.

Cerita 4:
Aku dah bayar dorang RM400, balance aku tak boleh bayar lagi sebab atas masalah-masalah yang aku sendiri tak tu masalah apa. Jadi, atas desakan mereka sebab lama dorang tunggu. Aku pun faham dorang nak guna duit, ok lah. Setel. Tapi hari ini, dapat satu pesanan ringkas dari salah seorang dari mereka ini yang mengatakan aku curi customer dorang!Hoi, kau ingat aku nak sangat ke duit korang tu?Main cakap je, check la dulu. Ada satu customer ni dorang dapat, memang besar la komisyen, tapi nak buat macam mana, dah Failed, Ngok! Aku tak tahu la macam mana nak cerita benda ni, tapi memang bodoh, pergi la tanya dulu customer kau tu. Sendiri tak nak update customer, nak salahkan orang. Tau nak duit je, sengal!Nak report Polis?Pergi la, pergi Bukit Aman.Pegi pegi.Pegi la.

Boleh Tahan Pemalas Aku Nih

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Salam Sejahtara, Salam Reformasi!

Huh, seriuos gila lama aku tak update blog nih. Aku ingat bila aku kerja kat KL, aku dapat luangkan masa bersama blog, tapi malangnya tidak. Belambak lambak kerja yang aku kena pikul hari hari. Lagipiun sekarang aku dah tak lepak Bangi lagi, sebab Bangi busuk. Sekarang aku ada port baru, Cheras. Beberapa minggu lepas, tapi aku rasa dah sebulan lebih kot. Aku dan abang aku berjumpa dengan member lama, orang Palong Timur panggil, Old Friend at the Old Days. Setiap pertemuan itu pasti ada hikmahnya. Dadak nama diberi. So sekarang, aku merempat kat rumah dia. Siapa dadak? Cari sendri.

Sekarang aku masih seperti dahulu, menjalankan kerja kerja merekabentuk iklan atau apa sahaja jenis multimedia marketing. Walaupun status design aku masih lagi di bawah tanah, tapu aku cuba untuk merangkak hingga aku berada di atas tanah. Dah lama aku tak bukak photoshop. Sampai photoshop aku buat hal, apasal tah. Aku minat photoshop ni sejak aku mengenali Dean (I See Dump People), nanti aku link kan blog dia kat sebelah kanan page ni. Dia punya design gile cun. Tertarik sebab ciri ciri design yang dia buat kena dengan jiwa aku, mungkin korang boleh search kat Google, taip "pathetic solution design (PSD)".

Sampai hari ni aku masih lagi berjuang untuk tingatkan skill aku dalam design, memang boleh cari duit buat kerja kerja ni kalau dah tahap awan. Setiap kali aku menghadap PSD ataupun AI, aku cepat buntu dengan idea idea merepek tapi kreatif untuk aku curahkan dalam artwork aku, tapi aku tetap tak putus asa sebab aku rasa aku boleh buat. Aku harap aku boleh jadi seperti Andy Warhol ataupun mereka mereka yang superb dalam seni lukisan atau grafik.

Lepas ni kalau sticker Sparkling Tongkat Ali dah tampal kat semua peti ais di seluruh malaysia, tak kira dimana jua kedai, itu mungkin aku yang buat, hehe! Aku teringin nak jadi towkey Tongkat Ali bos aku nih. Baru mengancam.


Settle!