Kosong

Posted: by ModulaOblongata in Labels:



Something has left my life
And I don’t know where it went to
Somebody caused me strife
And it’s not what I was seeking.

Didn’t you see me, didn’t you hear me
Didn’t you see me standing there

Why did you turn out the lights
Did you know that I was sleeping

Say a prayer for me
Help to feel the strength I did
My identity has been taken
Is my heart breaking on me

All my plans fell though my hands
They fell
Though my hands on me
In my obvious it suddenly seems
Empty

Love Buzz

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , ,

Would you believe me when I tell you, You're the queen of my heart,
Please don't deceive me when I hurt you, Just ain't the way it seems



Aku tak pandai nak berpuisi, berkata indah. Bagai pujangga yang dilamun cinta. Aku juga bukan Kenny G yang pandai bermain muzik cinta. Aku tahu kau mungkin tertanya tentang perasaan aku. Sebab aku sering diam. Bukan marah. Bukan ada masalah. Tapi aku selalu bermain dengan kata hati aku sendiri. Yang mungkin syaitan yang suka menghasut untuk memecahbelahkan kita.

Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Aku tak mampu nak tinggalkan kau seorang diri. Aku cuma nak masa untuk aku sesuaikan diri aku. Bukan mudah. Aku tahu. Aku juga ingin memiliki hati mu sepenuhnya. Walaupun aku tahu kau dah pun reserve hati kau untuk aku. Aku bukan taknak. Tapi aku akan ambil sikit demi sedikit. Aku tak mahu seolah aku memaksa diri aku berbuat demikian. Aku ingin kelainan. Baru. Fresh.

Satu aku nak cakap, aku sayangkan kau sangat. Perempuan yang memakai spek mata. Wajah seakan cina. Keras hati orangnya. Kurus tinggi orangnya. Pemalu sikit mungkin. Sayangkan binatang. Tapi takut dengan lipas. Selalu menceritakan masalah kat aku. Selalu rindu kat aku. Selalu mengambil berat tentang aku walau aku memegang kepala kau terus tanya aku samada aku sakit kepala atau gatal kepala. Belum pernah ada orang seperti kau. Kau yang hadir seolah mudah bagimu. Indah bagi aku. Senyum kau buatkan aku tersenyum juga. Tiada yang lain selain kau, Asma Ul Husna. Aku terlalu sayangkan kau.

Maafkan aku kalau aku macam mencurigai chenta kau. Tapi percayalah, itu semua dugaan hati aku. Doakan agar kita tetap bersatu. Sampai bila-bila.

Aku, chenta kamu. Sabarlah, aku tahu kau mahukan anak hasil kita berdua. Tapi izinkan aku cari duit dulu. Untuk kau. Kau yang aku chenta.

Semalam, Joho

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


JB Bazar, Rocks! U all Owesam!

Again, Tired

Posted: by ModulaOblongata in

Aku tak tahu apa nak cakap kali ni. Aku tak mampu nak cakap, luah. Aku tak tahu apa nasib aku kali ni. Apa yang aku mampu, cuma.. :'-(

Aku tak tahu aku di pihak mana sekarang. Aku tak tahu apa hati aku sekarang. Aku dah makin tak kenal aku. Aku cuma tahu nama aku. Kalau aku salah, aku akan tetap salah. Aku akan cari mana kesilapan tu.

Mungkin hidup ni makin hari makin susah. Mungkin aku sudah meningkat dewasa. Harus berfikir lebih waras dan matang. Tidak lagi di takuk yang lama. Ayat aku makin tak bernyawa. Senyum aku dah tak lagi bernafsu.

Aku tak tahu apa yang aku nak. Aku seolah tiada lagi pendirian. Tiada lagi harapan. Kadang-kadang benda ni buat aku makan diri. Aku murung. Aku diam. Aku sedih. Aku tidur. Sebelum aku tidur, aku harapkan dunia tak lagi seperti sebelum aku lelap. Aku mahu mimpi yang indah. Bila aku celik mata. Aku dapat lupa semua. Bila aku bangun je, aku nak senyum. Aku nak ucapkan Hi kat semua orang ataupun Selamat Pagi dengan penuh ceria dan cemerlangnya. Lepas tu, aku nak mandi wangi-wangi. Aku nak pakai handsome-handsome. Sembur minyak wangi. Lepas tu, aku nak keluar rumah dengan gayanya. Walaupun tak siapa yang nampak. Aku masuk kereta yang baru aku beli semalam. Masih lagi bersih, masih lagi berbau kedai kereta.

Korang faham tak apa maksud cerita aku ni? Aku bukan jenis orang yang suka bercerita tentang perasaan. Bukan aku yang jenis menunjuk kelebihan. Aku suka akan sederhana. Segalanya sederhana. Aku tak tahu bila akan berakhir.

Satu aku berdoa, aku mahu aku yang baru. Tapi bila aku fikir macam ni. Secara tiba-tiba aku terkenang dosa aku yang dulu. Tak kira antara aku dengan Tuhan atau aku dengan Makhluk Tuhan. Jiwa aku selalu kacau. Kacau bilau. Macam aku masuk dalam semak yang tinggi dan tak tahu mana aku nak pergi. Sentiasa mencari. Cari jalan yang benar. Aku pasti, ada.

Aku tak boleh lari dari semua ni. Tapi aku selalu macam tu. Bila aku nak berubah. Aku macam makin teruk. Pengalaman tak mematangkan fikiran. Ini teruk. Aku teruk.

Damn!



Lights

Posted: by ModulaOblongata in


Aku dah bosan kerja. Bosan giler. Giler babi. Babi Tunggal. Minggu ni aku balik kampung dengan awek aku. Dapat aku tidur dengan awek aku minggu ni. :-)


Ok, aku tipu.

Wild Child

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Menunggu ketibaan Nasi-nasi goreng Wak Jono

Lama aku tak update blog ni due to sibuk + sakit + internet payah nak dapat. So, dengan apa yang aku ada sekarang ni, aku akan update sikit blog ni. Baru-baru ni aku ada ke Melaka atas urusan kerja. Rezeki aku kat Melaka kali ni aku dapat Jeans hitam Northern Rock (F.O.S Dataran Pahlawan), Military Cap Hitam, baju cetakan anak Melaka (Booyod) sehelai, Lighter Peluru Berpandu, Haha. Sponsored tu. On the way balik ke Selatan, singgah kat R&R Pagoh, aku belasah durian. Amacam? Akan kembali ke Melaka insyallah untuk mencari lubuk-lubuk yang perlu menyelam kat sana. Masih belum puas. Mencari mood bersama Chenta. Itupun kalau ada duit.

Untuk tontonan filem tahun ni, Paranormal Activity 2 berjaya buat aku menjerit. Aku Masih Dara, Damping Malam, yang tak kurang hebatnya. Untuk pencipta-pencipta filem tempatan. Tahniah! Buat la lagi cerita hantu. Buat banyak-banyak.

Aku dah tak hebat menulis. Mungkin sebeb hingus yang membanjiri hidung aku kali ni. Biasalah, musim-musim banjir ni.