Kosong

Posted: by ModulaOblongata in Labels:



Something has left my life
And I don’t know where it went to
Somebody caused me strife
And it’s not what I was seeking.

Didn’t you see me, didn’t you hear me
Didn’t you see me standing there

Why did you turn out the lights
Did you know that I was sleeping

Say a prayer for me
Help to feel the strength I did
My identity has been taken
Is my heart breaking on me

All my plans fell though my hands
They fell
Though my hands on me
In my obvious it suddenly seems
Empty

Love Buzz

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , ,

Would you believe me when I tell you, You're the queen of my heart,
Please don't deceive me when I hurt you, Just ain't the way it seems



Aku tak pandai nak berpuisi, berkata indah. Bagai pujangga yang dilamun cinta. Aku juga bukan Kenny G yang pandai bermain muzik cinta. Aku tahu kau mungkin tertanya tentang perasaan aku. Sebab aku sering diam. Bukan marah. Bukan ada masalah. Tapi aku selalu bermain dengan kata hati aku sendiri. Yang mungkin syaitan yang suka menghasut untuk memecahbelahkan kita.

Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Aku tak mampu nak tinggalkan kau seorang diri. Aku cuma nak masa untuk aku sesuaikan diri aku. Bukan mudah. Aku tahu. Aku juga ingin memiliki hati mu sepenuhnya. Walaupun aku tahu kau dah pun reserve hati kau untuk aku. Aku bukan taknak. Tapi aku akan ambil sikit demi sedikit. Aku tak mahu seolah aku memaksa diri aku berbuat demikian. Aku ingin kelainan. Baru. Fresh.

Satu aku nak cakap, aku sayangkan kau sangat. Perempuan yang memakai spek mata. Wajah seakan cina. Keras hati orangnya. Kurus tinggi orangnya. Pemalu sikit mungkin. Sayangkan binatang. Tapi takut dengan lipas. Selalu menceritakan masalah kat aku. Selalu rindu kat aku. Selalu mengambil berat tentang aku walau aku memegang kepala kau terus tanya aku samada aku sakit kepala atau gatal kepala. Belum pernah ada orang seperti kau. Kau yang hadir seolah mudah bagimu. Indah bagi aku. Senyum kau buatkan aku tersenyum juga. Tiada yang lain selain kau, Asma Ul Husna. Aku terlalu sayangkan kau.

Maafkan aku kalau aku macam mencurigai chenta kau. Tapi percayalah, itu semua dugaan hati aku. Doakan agar kita tetap bersatu. Sampai bila-bila.

Aku, chenta kamu. Sabarlah, aku tahu kau mahukan anak hasil kita berdua. Tapi izinkan aku cari duit dulu. Untuk kau. Kau yang aku chenta.

Semalam, Joho

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


JB Bazar, Rocks! U all Owesam!

Again, Tired

Posted: by ModulaOblongata in

Aku tak tahu apa nak cakap kali ni. Aku tak mampu nak cakap, luah. Aku tak tahu apa nasib aku kali ni. Apa yang aku mampu, cuma.. :'-(

Aku tak tahu aku di pihak mana sekarang. Aku tak tahu apa hati aku sekarang. Aku dah makin tak kenal aku. Aku cuma tahu nama aku. Kalau aku salah, aku akan tetap salah. Aku akan cari mana kesilapan tu.

Mungkin hidup ni makin hari makin susah. Mungkin aku sudah meningkat dewasa. Harus berfikir lebih waras dan matang. Tidak lagi di takuk yang lama. Ayat aku makin tak bernyawa. Senyum aku dah tak lagi bernafsu.

Aku tak tahu apa yang aku nak. Aku seolah tiada lagi pendirian. Tiada lagi harapan. Kadang-kadang benda ni buat aku makan diri. Aku murung. Aku diam. Aku sedih. Aku tidur. Sebelum aku tidur, aku harapkan dunia tak lagi seperti sebelum aku lelap. Aku mahu mimpi yang indah. Bila aku celik mata. Aku dapat lupa semua. Bila aku bangun je, aku nak senyum. Aku nak ucapkan Hi kat semua orang ataupun Selamat Pagi dengan penuh ceria dan cemerlangnya. Lepas tu, aku nak mandi wangi-wangi. Aku nak pakai handsome-handsome. Sembur minyak wangi. Lepas tu, aku nak keluar rumah dengan gayanya. Walaupun tak siapa yang nampak. Aku masuk kereta yang baru aku beli semalam. Masih lagi bersih, masih lagi berbau kedai kereta.

Korang faham tak apa maksud cerita aku ni? Aku bukan jenis orang yang suka bercerita tentang perasaan. Bukan aku yang jenis menunjuk kelebihan. Aku suka akan sederhana. Segalanya sederhana. Aku tak tahu bila akan berakhir.

Satu aku berdoa, aku mahu aku yang baru. Tapi bila aku fikir macam ni. Secara tiba-tiba aku terkenang dosa aku yang dulu. Tak kira antara aku dengan Tuhan atau aku dengan Makhluk Tuhan. Jiwa aku selalu kacau. Kacau bilau. Macam aku masuk dalam semak yang tinggi dan tak tahu mana aku nak pergi. Sentiasa mencari. Cari jalan yang benar. Aku pasti, ada.

Aku tak boleh lari dari semua ni. Tapi aku selalu macam tu. Bila aku nak berubah. Aku macam makin teruk. Pengalaman tak mematangkan fikiran. Ini teruk. Aku teruk.

Damn!



Lights

Posted: by ModulaOblongata in


Aku dah bosan kerja. Bosan giler. Giler babi. Babi Tunggal. Minggu ni aku balik kampung dengan awek aku. Dapat aku tidur dengan awek aku minggu ni. :-)


Ok, aku tipu.

Wild Child

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Menunggu ketibaan Nasi-nasi goreng Wak Jono

Lama aku tak update blog ni due to sibuk + sakit + internet payah nak dapat. So, dengan apa yang aku ada sekarang ni, aku akan update sikit blog ni. Baru-baru ni aku ada ke Melaka atas urusan kerja. Rezeki aku kat Melaka kali ni aku dapat Jeans hitam Northern Rock (F.O.S Dataran Pahlawan), Military Cap Hitam, baju cetakan anak Melaka (Booyod) sehelai, Lighter Peluru Berpandu, Haha. Sponsored tu. On the way balik ke Selatan, singgah kat R&R Pagoh, aku belasah durian. Amacam? Akan kembali ke Melaka insyallah untuk mencari lubuk-lubuk yang perlu menyelam kat sana. Masih belum puas. Mencari mood bersama Chenta. Itupun kalau ada duit.

Untuk tontonan filem tahun ni, Paranormal Activity 2 berjaya buat aku menjerit. Aku Masih Dara, Damping Malam, yang tak kurang hebatnya. Untuk pencipta-pencipta filem tempatan. Tahniah! Buat la lagi cerita hantu. Buat banyak-banyak.

Aku dah tak hebat menulis. Mungkin sebeb hingus yang membanjiri hidung aku kali ni. Biasalah, musim-musim banjir ni.

Jealous

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

am i sissy ?
or maybe too dependent.
or just too weak.

it is not what i like most about me.
this stupid and tiring feeling.
yes indeed.
and it's eating me inside if i keep it.
it is not what i choose to feel.
it is not something i could control
and so i told you about it.
so that you could calm me down.
and kiss my head and tell me everything is going to be okay.
and tell me that i don't have to worry.

i'm not asking for 22 presents on my 22th birthday,
nor a coffee every morning , every time i open my eyes.

i just want you to be there.
just to think of me when you decided to use your words,
and think of how i feel when you decided to do something.

not like i put a limit
nor prepared you a list.
i just want you to know,
that i feel exactly like you do,
a human being same as you too,
and cry the same tears as u did,

i'm sorry, i miss you,love you too much.
and afraid .

Finally, Someone Let Me Out From My Cage

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Akhirnya! Alhamdulillah. Atas apa yang aku, mak aku, abang aku, awek aku, dan semua yang mendoakan untuk aku. Aku nak ucapkan terima kasih sangat. Isnin minggu depan aku akan menjalani kehidupan seorang yang bekerjaya. Semalam temuduga, semalam jugak confirm kerja. Walau apapun yang aku kerja. Insyaallah aku akan buat yang terbaik. Aku dah tak larat nak "duduk" lagi kat tempat yang sama. Semoga perjalanan aku lepas ni lebih dipermudahkan dah diberkati. Cewwah! Gugup, berdebar, suka, teruja, akhirnya aku lega.

Besok, aku akan balik ke Kampung bersama kekasih yang dichentai. Banyak plan untuk besok. Tak tau jadi ke tak. Aku dah rindu kat bundle Big E Bahau. Kekasih nak buat "renovation" . Harap perjalanan kami selamat esok. Semoga sampai ke destinasi. Lagu nak layan dalam kereta besok dah ada. Semalam kekasih buat fraud. Mekasih kekasih. Dah nak berhenti dah kan? Hehe.

Hari Sabtu pulak nak pergi kenduri Makcik Lah. Salah seorang makcik yang minat sangat dengan WWF & WWE. Tak tau la sekarang dia minat lagi ke tak. Anak dia yang bongsu nak kahwin. Makcik Lah ni jiran aku masa duduk kat Lepar Hilir. Anak dia yang nak kahwin ni nama dia Mahirah (kot). Aku bila lagi? Sabar, lagi 10,000 je lagi. Haha.

Apapun, bulan Muharam jugak permulaan aku. Moga semuanya baik-baik belaka. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Chow!

Fesbuk

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Aku rasa ada somebody tahu password aku kat fesbuk. Tak pun aku punya fesbuk kena hack. Tak pun ada virus. Tak pun ada orang tak puas hati. Tak pun aku sendiri bagi password kat orang lain. Apa segala Tak Pun kat sini. Semuanya CIBAI belaka. Pundek!

.,

Fesbuk aku ni secara automatically boleh men-delete friends, approve friends. Naseb baek tak automatically hantar message I Love You kat orang lain. Kalau tak, mampos! Again Pundek.

f = Fak! Dont Play Play ye! (sambil letup letupkan jari)

My December

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , ,


Bila agak-agak kekusutan aku ni akan berakhir. Kadang-kadang aku pun tak pasti kalau aku dapat kerja benda ni semua ni akan berakhir atau pun tak. Argh! Malas nak fikir. Aku pun tak tau la apa jenis perasaan aku ni. Pernah dulu aku rasa benda ni. Tapi aku sendiri apa penyelesaian yang efektif. Malas la nak ambik port pasal perasaan ni.

Sekarang ni aku nak fokus pasal kerja aku yang aku akan dapat nanti. Buat masa sekarang memang life macam sikit tak best sebab duit tak tebal. Tapi takpe, segalanya masih berjalan dengan lancar. Pernah aku terfikir nak lari jauh-jauh. Orang cakap nak cari satu nafas baru dalam hidup. Buang yang keruh ambil yang jernih. Erk? Biasalah, kusut memang macam ni.

Dalam kepala aku ni macam-macam nak buat. Aku nak bukak kedai shisha la. Nak lepak kat kedai burger malam-malam ke. Pastu jaga kedai bundle yang agak rare & vintage. Kenapa entah aku suka life macam tu. Layan lagu Nirvana, Foo Fighters sampai lebam. Makan roti dengan air teh 'o' ais time lunch. Balik rumah jumpa awek sampai pagi buta. Aku rasa aku lagi bahagia kot macam tu.

Tapi kenapa aku macam ni, aku ni pun ada wawasan jugak. Takkan nak pergi Singapore, cari duit banyak-banyak kat sana sampai putus tunang, pastu tunang sakit. Macam Husen dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Haha.

Hidup ni macam roda, kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Mungkin sekarang aku ada kat bawah. Aku harap aku masih boleh bersabar dengan semua ni.

Malas

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,


Gambar Gunung Belumut aku malas nak upload! Haha. Korang tengok je la kat Fesbuk eh. Dengar kata tempat tu makin cantik. Tak tau la macam mana beza dia sebab aku tak pernah pergi sebelum nih. So, kalau nak tengok macam mana punya cantik, boleh la jenguk Fesbuk aku. Kalau aku rajin aku upload la kat sini.

Tadi, kami dah meng-Kak Limah, amacam? Gile best! Mesti mau tengok. Kali ni Mamat Khalid macam memberi kelainan dari segi jalan cerita dan barisan pelakon. Jalan cerita yang agak tak bosan dan menarik. Korang mesti tengok. Support Local Act.

Picnic

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


Gunung Belumut, anybody? Gambar akan diupload malam ni.
Insyaallah.

Kerjaya (iii)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Selain dari Jobstreet, Jobs Malaysia, Monster, dan lain-lain. Gua ada jumpa satu lagi laman web untuk korang : http://www.pickandpost.com.my

Semoga berjaya.

Kerjaya (ii)

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Hari ni, 10 Disember 2010. Doakan aku kawan-kawan. Apapun aku nak jadi lepas ni, aku cuma doa aku jadi seorang yang bernilai disisi-Nya. Dah lama aku tunggu benda ni dah sebulan dah. Kerjaya gua.

Tah apa benda tah nama syarikat dia. Gua tak kisah. Janji gua ada kerja. Hujung bulan gua dapat duit. Gua nak simpan. Gua nak kahwen dah ni wei! Ingat sikit Syafiq, serius sikit, okey?

It's Ok.

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

It's ok. Just keep quiet and forget it, ok? Let bygones be bygones. That's all.

Senyum

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


Aku tau dia tak suka gambar ni, tapi aku suka. Aku suka tengok dia senyum. Kalau aku tengok lama-lama, aku pun tersenyum. Aduh! Ghindu..See you tomorrow yang! :-)

Selamat Malam Semua.

Sunday Cone

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


Isnin hari tu, aku dengan dia pergi Batu Pahat. Melunaskan janji kitorang nak tolong angkut barang Abang Nizam & Kak Shereen kat rumah baru diorang. Giler besar rumah diorang. Lepas tu kitorang planning nak pergi jalan-jalan kat sana pastu kitorang nak me-ngangkung!

Ingatkan nak pergi me-ngangkung kat BP, tapi dah nak malam sangat. So, kitorang patah balik ke Kluang. Memang ramai nak me-ngangkung malam tu. Dasat. Sebelum tu, sempat lagi la kitorang Sunday Cone kat sana. I called it Sunday Cone Memory.

Danial / Aiman(?)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


He is a Punk Rocker, Akmal Danial nama dia. Sumpah menyirap kalau melayan budak ni. Tapi kalau gua nak blah je, mesti dia menyebok nak tanya gua pegi mana. Lu nak kena hempap dengan dia? Meh datang sini. Budak ni ada Facebook. Nama dia Akmal Danial. Pegi cari sendiri. Besok gua jumpa mamat nih. Siap la ko danny!

Kusut

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,


Aku sekarang suka fikir benda bukan-bukan, yang tak patut-patut je aku fikir. Fucked up giler. Masuk Job Street, Monster, Job Malaysia. Satu pun tak lekat. Hidup merempat, macam dah takde rumah sendiri. Makan pasir dengan kutip tin je belum aku ni. Sabar Syafiq sabar.


Ya Allah, kau tunjukkan la aku ke jalan yang benar lagi lurus. Kau saja yang memahami aku. Tempatkan lah aku dikalangan orang yang benar di sisiMu ya Allah. Aku mohon padamu agar kau memberi hidayah Mu kepada ku. Aku sabar dengan ujian Mu selama ini..

Sempena Maal Hijrah ni, aku ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Ada lagi satu, gua geram. Geram kat Mamat-kepala-Ongas tu. Minyak, Gula, Gas, ngan apa tah lagi satu. Harga diselaraskan. Bodoh! Cakap je la minyak harga naik, gula harga naik. Mau tak kau naikkan harga gula, ko tengok bini kau punya badan. Dah macam busud, kan? Pastu kau buat iklan satu sudu gula cukup. Cukup sangat. Lu jaga Jib, tahun depan bulan empat (4). We'll see.

Be End, The End.

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , ,


Gua bertarung lagi kali ini. Tapi kali ni aku ikut akal aku yang tak lagi waras. Sebab orang cakap ikut hati mati. So, aku akan guna akal. Macam-macam konspirasi yang aku tak nak lagi dengar. Aku cuma perlukan diri aku sekarang ni dan sampai bila-bila. Mengalah bukan kalah.

Mungkin lepas ni aku akan jadi macam err..Hishamudin Rais. Tak pun macam John Lennon, ceh! Tak pun macam Che Guevara. Haha! Gile la gua. Aku akan merempat. Takpe. Bukan selalu. Hidup aku memang macam ni. Selalu sangat macam ni. Apa benda yang aku suka pun aku tak tau.

Yang penting aku dah tak nak stay lagi kat dalam sangkar yang boleh buat aku emo hari-hari. Sabar?Hmm, mungkin kat tempat lain. Kenapa?Suka hati aku la kenapa. Hah!Banyak tanya pulak setan ni. Vavi!

Mungkin aku akan keluarkan EP pertama aku lepas ni. Tajuk dia Bingkai. Ke bangkai aku tak ingat. Nanti aku update kat facebook. Dengan poster sekali aku upload. Ok? Rite, mulai sekarang aku akan buat apa yang aku rasa nak buat. Selagi tak bercanggah dengan Islam. Insyaallah. Doakan aku yang baik-baik ok?

Cheers! (keting! red wine beb)