Showing posts with label Booncheat. Show all posts
Showing posts with label Booncheat. Show all posts

Cerita Katak

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Dulu masa aku kecik-kecik, aku ni jenis lasak sikit. Kecik-kecik bapak aku dah ajar aku masuk ladang, hutan, sungai, Tasik Bera. Banyak lagi la tempat-tempat yang advanture ni. Aku, Abang aku dengan bapak aku ada hobi yang sama. Mancing. Ya memancing. Mancing ikan tau bukan orang. Tapi sekarang dah kurang dah. Masing-masing sibuk dengan kerja. Aku last memancing dengan abang aku masa aku kerja kat Bangi dulu. Tu pun memancing kat kolam. Abang aku memang juara bab mancing nih. Dia dapat ikan besar giler.

Jadi, aku ni jenis tak kisah sangat la pacat ke, selut ke, kena duri ke, lumpur-lumpur pun aku redah. Tu yang aku kerja kat Kuala Lumpur tu. Sebab ni la. Dulu, katak ke, anak katak ke aku selamba je pegang. Takde hal. Tapi sekarang, aku dah tak boleh dah.

Katak, arwah Atuk Mak aku cakap katak ni ber'badi'. Aku pun tak faham sangat 'badi' ni maksud sebenar dia apa. Tapi apa yang aku faham 'badi' ni macam Polis. Aku kalau nampak polis ni aku takut. Sebab aku pernah buat salah. Bila nampak je gabra. Macam tu jugak aku dengan katak. Kelakar kan? Polis dengan katak bagi aku sama je, haha!Takdelah. Maaf cikgu, gurau.

Kenapa aku ber'badi' dan aku benci katak? Dulu, aku dengan abang aku buat katak ni macam bola golf. Kitorang swing katak tu sampai tengah jalan, pastu tengok katak tu kena langgar dengan kereta ke kitorang memang suka giler. Sebab katak tu mampos. Tapi tu dulu, masa kitorang zaman kehingusan lagi. Tapi aku rindu.

Tahun lepas, aku pergi ke Perak ada urusan Seri Paduka Baginda. Aku dengan makcik aku. Aku lepak rumah makcik aku yang lagi satu kat Rawang sebelum pergi ke Perak besoknya. Macam biasa la, lepak sampai lebam. Besok aku gerak pergi Perak. Pakai mau bergaya, smart orang Felda aku cakap. Gua pakai kasut. Masa aku pakai kasut tu, aku rasa lain, aku rasa macam kasut sebelah kanan aku macam sempit. Tapi aku buat tak tau je, aku ingat takde apa-apa la. Masa aku tengah bawak kereta. Kaki kanan aku masih lagi rasa lain macam. Aku rasa kaki kanan aku berdenyut-denyut. Geli pun ada aku rasa itu jam. Aku tak puas hati. Aku pun berhenti kat tepi highway tu. Aku dah mula fikir ada satu makhluk tuhan paling seksi ni ada kat dalam kasut aku. Aku bukak pintu, aku bukak kasut aku, aku ketuk-ketuk, sekali, keluar Katak! Fak! Aku baling kasut aku tu jauh-jauh. Tak boleh blah.

Bodoh katak tu, dah takde tempat lain ke nak port. Dalam kasut jugak. Pergi la lepak kat longkang ke. Lepak ramai-ramai nyanyi lagu Hujan. Ni tak. Kasut jugak. Kejadian ni berlaku kat aku bukan sekali. Masa aku sekolah dulu pun pernah jadi jugak. Tapi dulu aku tak berapa kisah sangat. Tapi sekarang jangan. Kalau jadi lagi memang terburai itu jam jugak.

Masa aku lepak rumah lama kat Felda ni, pun ada katak. Banyak pulak tu. Pantang aku nampak katak dalam rumah. Kalau masa tu aku baik, aku cuma kepit katak tu aku buang kat depan rumah. Tapi kalau masa tu aku jahat. Aku akan kepit katak tu, pastu aku buang dalam lubang 'jamban'. Pastu aku ambik klorok mak aku, aku letak kat dalam lubang tu. Bagi pedih mata katak tu. Kalau ada harpic aku letak kat lubang tu. Sampai aku rasa puas. Lastly, aku flush. Selamat tinggal katak.

Tapi, sampai hari ni, aku takut dengan katak. Betul kata arwah Atuk Mak aku. Katak ni ber'badi'. Bila aku nampak katak, aku rasa macam katak tu ushar aku. Macam dia cakap kat aku "kau jahat, kau bunuh member aku". Habis tu nak bela?Gila ke apa. Katak katak..Sekarang aku benci katak dan aku tak macam dulu lagi.

Rumah Mak aku sekarang ni pun banyak katak. Awek aku pernah nampak katak kat rumah ni garu kepala. Haha! Giler kelakar beb. Sampai awek aku pun ada cerita katak dia sendiri. Dah cukup. Geli pulak aku. Aku ingat nak la letak gambar katak kat post ni. Tapi nanti aku sendiri taknak bukak blog aku.

Cheers!

Pecah Kepala

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , ,

Hari tu aku ada beli majalah JUNK kat kedai Miyazaki. Tapi baru semalam aku sempat belek majalah tu sehelai sehelai. Tiba tiba aku tertarik dengan satu Malaysia Artwork. Gempak + kemas + menusuk kalbu = Pecah Kepala. Aku macam pernah dengar nama diorang ni kat satu laman so-sial sebelum ni. Tapi aku tak terniat nak usha lagi dalam siapa mereka ni. Korang boleh usha kat blog diorang untuk tengok hasil grafik yang bagi aku sangat menarik.

Mungkin ramai yang tidak kenal lagi siapa PK. Tapi bagi mereka yang menceburi bidang rekaan grafik, mungkin mereka telah lama tahu kehadiran PK ni. Banyak lagi sebenarnya hasil seni anak Malaysia yang harus dikenali dan dibangakan. Tapi mungkin korang korang masih belum berkesempatan untuk kenal dan lihat sendiri hasil mereka.

Jadi, apa lagi? Korang boleh cari PK ni kat facebook. Mungkin korang boleh jumpa banyak lagi independent desinger anak malaysia ni kat dalam FB Pecah Kepala. Aku yakin.

Support Local Act!

Selamat Pengantin Baru

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

Amacam gambar aku, gerek? Haha. Gambar ni diambil semasa Majlis Perkahwinan abang aku yang berlansung di Felda Palong Timur 2. Sebelum apa apa yang aku tulis, aku nak ucapkan Tahniah kat abang aku dengan Kak Azi kerana berjaya mendirikan rumah tangga mereka.

Lebih kurang 6 bulan keluarga aku rancang untuk majlis abang aku nih. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Memang best sangat sebab semua ahli keluarga belah mak dan abah aku datang. Err, aku tak sangka aku dah dapat kakak ipar! Haha. Walau apa pun, aku doakan mereka berbahgia sampai bila-bila. Harap aku dapat anak buah tahun depan, amacam bro? Hehe.

Nanti aku upload gambar abang aku kawen. Mungkin aku akan upload kat FB je, kat dalam blog ni aku letak yang mana cun je, hehe! Ha, aku lupa nak ucapkan terima kasih kepada Juliana Abdullah kerana sudi menghadirkan diri ke majlis abang aku. Kalau dia tak datang memang nak kena. Sebab aku dah pergi rumah dia hari tu. Tapi kali ini dia datang dengan Cik Dollah (Abah Juliana) je. Jadi, sekali lagi diberi kesempatan untuk borak pasal masa depan. Kalau ada sumur di ladang, boleh lah kita ternak kambing, Hihi!

Ni aku nak cerita pasal kenduri hari tu pulak. Masa kenduri hari tu, bos abang aku, En. Zaidi menaja air Sparkling Tongkat Ali X10 sebanyak 2000 tin. Sumpah banyak. Aku rasa dah mabuk Ali orang felda aku tu minum air ni. Masa majlis berlansung, Pekpi (Pakcik aku) dan Seeput (Kawan Pakcik Aku) jadi DJ. Memang gerek. Suka makcik pakcik kat felda aku tu. Pekpi dengan Seeput ada buat cabutan bertuah untuk orang yang tolong-tolong masak, rewang. Jadi, diorang ni mak aku bagi kain, kat kain tu ada tulis nombor. Hadiah Pekpi sponsor. Tak cukup dengan hadiah tu, diorang bagi air Sparkling Tongkat Ali X10 ni. Suka la pakcik makcik ni. Tapi yang aku pelik, makcik makcik yang suka sangat air ni. Sampai Cik Ana mintak kat aku 1 crack air ni. Aku rasa pakcik pakcik malu kot nak amik, Haha! Makcik Pakcik Felda Palong Timur memang sempoi.

Ditambah lagi dengan kawan lama mak dan abah aku datang, seronok sangat. Satu je yang tak berapa seronok. Asal pakcik pakcik, makcik makcik jumpa aku, mesti diorang tanya, "Ko biler lagi?". Bila lagi? Mana la aku tahu. Tunggu je la. Kalau tahun depan jodoh aku, siap sedia la makcik pakcik kat Felda Palong Timur eh? Hehe.

Penat pulak aku taip nih. Lain kali aku cerita lagi. Jaga diri ye.

Settle!

Balik Kampung Lagi (Episod 1)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

Aku sekarang on the way balik dari Palong Timur ke Kuala Lumpur dan singgah sekejap kat Basri Tomyam, Senawang. Kali ni aku balik kampung untuk pergi ke kenduri kakak dan abang kepada Juliana Abdullah, kawan aku masa aku sekolah rendah dulu. Lama gila aku tak jumpa dia, akhirnya jumpa jugak aku kat kampung dia di Gadek Melaka. Dulu aku dengan Juliana ni takde la rapat sangat. Tapi dia ni popular sebab Cik Dollah (Bapa Juliana) ngan Cik Nisah (Mak Juliana) jual kuih pagi-pagi kat Felda Lepar Hilir 6 atau lebih dikenali "Lepar Dalam" sebab memang dalam felda tu. Dulu Pagi-pagi aku ngan kawan-kawan aku selalu la beli kuih-kuih dengan nasi lemak diorang ni. Lama dah aku tak rasa kuih-muih Cik Nisah. Sumpah memang sedap. Sampai dulu aku beli konon nak buat bekal untuk aku rehat kat sekolah, tapi tak makan pun. Sampai berulat-ulat kat dalam beg aku simpan. Bukan taknak makan, tapi lupa nak makan. Perangai buruk aku dulu.

Jadi masa aku sampai hari tu, (13 Jun 2010) kat kampung diorang, Mak bapak Juliana ni la yang sambut kitorang. Tetiba ada seorang awek ni, muka seakan Junainah (Kakak Juliana) yang dulu agak Hot kat Lepar. Cun la, dan sekarang adiknya (Yasmin) seakan mewarisi kakaknya. Haha. Aku mula-mula tak tahu pun yang tu adik Juliana, lepas borak dengan Juliana baru la aku tahu. Abang aku ngan mak aku kenal la adik beradik Juliana ni, mak aku cakap si Yasmin ni masa kat lepar kecik lagi, pendiam. Dalam hati aku cakap "patut la..". Juliana ni pulak muka memang tak berubah, kecik-kecik + muka tembam + sebijik macam muka mak dia = comel atau cute. Dia pun join jugak masa kitorang makan. Macam biasa la, borak seperti biasa, seperti mana kalau orang lama tak jumpa. Tanya khabar, buat apa sekarang, bila nak kahwin la, macam-macam lagi la. Nak borak lebih-lebih tak boleh sebab dia ni ada keje lain nak buat. Ada masa kita jumpa lagi eh Juli, kita borak-borak pasal masa depan pulak. :)

Ni baru cerita pasal aku balik kampung. Aku ingat nak share dengan korang pasal kerjaya baru aku sekarang. Tapi malas nak taip sangat. Jadi, aku terpaksa pendek dan padatkan untuk entry ni.

Sekarang aku dah keje dengan pakcik aku, Nisajaya Communication atau lebih dikenali sebagai Niscom. Kerja memang banyak, belambak-lambak. Pastu blogspot, facebook, YM, dan segala laman web Lucah kena block. Jadi aku susah nak update blog aku kat pejabat.Adoi!! Malas pulak aku nak cerita pasal kerja aku ni. Lain kali la ye. :)

Hidup Mesti Diteruskan

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

" When you try your best but you don't succeed, When you get what you want but not what you need, When you feel so tired but you can't sleep, Stuck in reverse ", Coldplay - Fix You

Kadang-kadang, dalam hidup ni, apa yang kita nak tak semua kita dapat. Yang kita sayang tak semua kita boleh dapat. Yang kita suka pun tak semua kita boleh dapat. Usaha + Doa + Usaha = Superb!

Esok, 7hb Jun 2010, bersamaan dengan 24 Jamadil Akhir 1431H, aku akan mulakan langkah aku yang baru dalam hidup ni. Misi hidup ini masih belum selesai.

" Well I been thinking about the future, But I'm too young to pretend, It's such a waste to always look behind you, Should be lookin' straight ahead ", Jet - Move On.

Walau cammana pun, hidup harus kedepan, umur tetap makin meningkat, jodoh dan ajal pun makin dekat, mana satu yang datang dulu, tu Allah tentukan. Kalau boleh, biarlah serentak, hehe.

" When the days all seem the same, Don't feel the cold or wind or rain, Everything will be okay, We will meet again one day, I will shine on, for everyone ", Jet - Shine On.

Moga apa yang kita buat semuanya baik-baik. I will shine on for everyone. :)

I See Dumb People (ISDP)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , ,

I See Dumb People (ISDP) isn't really a "ska-band", just a bunch of friends, who have same interests, same musical influences, same passion, which is to be good at the instruments they play.

ISDP emerged after dean (drummer) wonder if he could play drums after he felt that he sucks on guitars. Then he asked his respectful buddy, ajen (guitarist / vocalist) if he would join him to form a band together, and "sure" was the lowest "word" he would think about. Then, dean gave ajen a few songs of Shaka Labbits, and "88 Royal Ska" made ajen wanted a band that sounds like the mighty "Shaka Labbits".

Then ajen told his friend, Jien the metalhead that he needs a bassist. Jien agreed and they started to jamm together. At first, they were just playing around, and they had never thought about being serious playing music. But after a couple of jamming session and being misunderstood that they were playing "Brit Rock" instead of "Ska Punk" when they played their very first song "Korupsi Ideologi", they changed the song and they felt that they have to show all music enthusiasts about how the "not-really-SKA-band" sounds like.

The name "I SEE DUMB PEOPLE" came after ajen wore a shirt printed with "i see dumb people" words on it and dean asked ajen if he agrees if the band being named after "I SEE DUMB PEOPLE" "because the name represented the band better than the members of ISDP itself". :) After a few arguements, bombing all around, and sneezing on the faces amongst them, "I See Dumb People" were taken as the official name.

It was about 8 months they had been playing music together as a 3-piece band and it was not really easy for ajen to hold the responsibility as a lyricist, sings and plays the guitar at time. To ease his burden, they had to find another guitarist. A bunch of names listed and a lot of people have been rejected as well.

Then ajen asked the "future-businessman" friend named Faris studying at UTM Jalan Semarak, if he would join this band.

But they had to test faris first to see what he is capable of, the sentimental value "korupsi ideologi" was taught and surprisingly, he managed to memorize all 4 songs of ISDP in just 2 days! It was very delightful after the completion of ISDP lineups.

A year with full of poking nose and fart extensively, ISDP got their very 1st invitation to perform in a gig at Taman Tampoi Utama, JB called "Ska + Punk Rock = Unite!". They got a lot of good responses from the crowds and also friends.

A month after the gig ended, ISDP got their 1st ever endorsement from Jig Studio located at "Taman Sri Rampai". They had never thought about the endorsement at all. But it is really good when somebody appreciate what the ISDP is trying to do. Please do check the super-duper-friendly-kacak-muah2! buddy Nazril aka Jig by visiting his Jamming Studio's profile. And please spread the news about Jig's. It helps, really.

Now, ISDP are struggling to release their very 1st single in the nearest time, Insya-Allah. Please do contact them if you have any question, gig's invitation, tupperware party, submarine auction or anything else.

They are all nice-dumb-people and won't bite. :)

Website: www.myspace.com/iseedumbpeople
Anda boleh menonton video mereka di youtube, taip I See Dumb People Band. Terima kasih kerana menyokong. ISDP berdesup! :)

Big E (Bundle)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Hari Jumaat petang aku dan abang aku bercadang untuk balik ke kampung bersama bakal isteri abag aku (aziah). Tujuan kami balik ke kampung kali ini untuk abang aku dan mak aku membawa bakal isteri abang aku ni pergi menguruskan hal-hal perkahwinan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi. Jadi aku yang belum nak kahwin ni tahde buat apa-apa pun. Balik rumah tidur, makan masakan mak aku yang aku idamkan selalu, tidur, makan masakan mak aku yang aku idamkan selalu, tidur, menonton televisyen yang tak HD tu. Tu je la kerja aku.

Tapi, di sudut hati aku ini. Aku mengidamkan bundle Big E cawangan bahau. SERIOUS gempak budle ni. Bundle ni jual barang-barang dari US & Japan sahaja. Condition baju, seluar kat bundle ni A - A++. Jadi, setiap aku balik ke kampung, aku mesti rasa nak singgah, kalau aku tak singgah mesti aku terfikir, agak-agak ada barang cun-cun tak ek? Harga yang ditawarkan kat bundle tu memang berpatutan. Bak kata Auntie yang jaga kat bundle tu cakap, harga semua harga borong, tidak mengenal barang atau kondisi baju itu sendiri. Tapi memang betul, ada sekali aku balik hari tu dengan dadak, aku angkat satu kemeja western atau aku lebih senang panggil kemeja tu kemeja butang kaca, aku beli butang kaca Levis harganya cuma RM25.90, cun?

Jadi, dengan itu, aku sekali lagi berhasrat untuk pergi lagi untuk cari lagi kemeja butang kaca, seluar dan sehelai baju Jimi Hendrix yang aku dah aim dari hari tu lagi. Akhirnya berjaya, Yiihhaa! Aku dah lama inginkan baju Jimi Hendrix yang merupakan seorang Guitarist, Song Writer yang berasal dari Amerika.

Aku ni boleh dikatan pengumpul kemeja western, tak kira jenama apa pun, yang penting cun. Kalau dapat kemeja Levis, Wrangler ke, lagi la aku suka. So, kepada sesisapa yang sama minat dengan aku, atau mempunyai Western Shirt, rasa-rasa nak jual, bagi tau eh?

Big E Bundle ni mempunyai banyak cawangan bak kata dadak, yang aku tau ada kat Bahau, Temerloh. Barang diorang kalau ikut kata Taukey ni, hari-hari ada barang baru masuk. Harga pun boleh tahan. Aku tengok sekarang kat Bahau dah ada 5 bundle, memang best. Tapi aku belum pusing lagi bundle-bundle yang lain. Kalau aku dah pusing, aku akan ceritakan dalam blog ni, ok?

Settle!

Selayang, Here I Come!

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Salam Reformasi! :)

Pada 1hb May 2010 aku secara rasminya berhenti kerja dari syarikat Miraxis Sdn Bhd, aku bercadang untuk teruskan hidup aku kat KL ni dengan mencari rezeki dengan Mr & Mrs Mail.

Lately aku macam ada satu penyakit yang aku paling benci, yang aku raa aku pernah raa benda yang sama. Tapi aku tak berapa persan apa penyakit tu. Jadi minggu depan akalu tiada babi melintang, aku akan teruskan kerjaya aku dengan menjadi Junior Graphic Designer di sebuah syarikat yang masih lagi belum dikenali ramai. Minggu lepas aku dijemput untuk masuk kedalam syarikat ini memandangkan syarikat yang aku kerja sebelum ini tidak berapa sesuai dengan jiwa aku. Jadi aku mengambil risiko untuk cuba dalam bidang yang lagi luas kat syarikat pakcik aku ni.

Aku harap, dengan apa yang aku buat ni deredhai Allah dan aku dapat mengubah diri aku untuk terus berguna, sebelum belum ni aku tak berapa berguna sangat. Aku sendiri tak tau apa yang aku sumbangkan kat syarikat lama aku tu. Rasa macam takde je. Mungkin ada, tapi aku takde jiwa. Apa yang aku rasa aku nak buat aku buat je.

Sekarang ni aku tengah bercuti rehat selama 5 hari untuk bersedia dari segi zahir dan batin untuk mulakan di tempat kerja yang baru. Hari ini abang aku akan balik ke kampung halaman jumpa dengan mak aku yang keseorangan di rumah. Dapat makan best! Semoga aku balik hari ini. Allah memberi aku satu suntikan baru dalam diri aku untuk aku terus hidup dengan cara yang macam mana aku nak. Aminn..

Aku rasa macam sedikit tak bermotivasi sekarang, bagus jugak aku balik kampung. Mungkin aku boleh amik motivasi dari mak aku. Pesanan kepada mak: "mak, sori mak, tak dapat belikan Tarmos untuk mak. Gaji baru nanti baru beli eh? :)"

Kali ini aku masukkan entry ni kat cc, haha! buat pertama kalinya.

Aku Marah!

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

"Kalau kau rasa aku curi customer kau, ko pegi kutip semua bukti bukti, ko pergi Bukit Aman, ko pegi la report betina! Kau ingat aku nak sangat ke makan komisyen kau tau, bodoh punya orang!", kata aku kepada sales agent TMpoint Authorised Dealer Bangi. Berita Selanjutnya...

Cerita 1:
TMpoint Authorised Dealer Bangi (TAD Bangi) suatu ketika dahulu pernah berlaku kemerosotan jualan produk TM seperti Blockbuster Deals, Office In A Box, dan pelbagai lagi. Maka, ada hamba Allah datang untuk menjadi Sales Agent di sini. Maka dengan persetujuan Boss, meraka boleh ambil mana-mana customer, daftar, dan hantar borang ke TAD Bangi.

Cerita 2:
Bila borang-borang semua dah hantar, maka kami sebagai executive dan officer disini mendaftar pelanggan mereka ke dalam sistem seperti biasa. Kemudian dalam masa 7 hari bekerja, kami akan dapat tahu apa status pendaftaran tersebut. Aku pun tak pandai sangat nak explain macam mana sistem tu. Jika status pelanggan tersebut OK, maka talian telefon tetap akan dipasang oleh Vendor TM terus ke rumah mereka. Jika status pelanggan tersebut KO, maka mereka harus pergi ke mana-mana TMpoint Centre untuk mendaftar semula kerana TAD Bangi atau mana-mana TMpoint Authorised Dealer tidak boleh selesaikan masalah tersebut.

Cerita 3:
Malas nak cerita panjang. Berbalik kepada dua orang ni tadi, dorang konon dah masyuk la ni, memang berlambak pun form yang dorang bawak, tapi harus ingat, walaupun komisyen yang mereka dapat 100% dari jualan mereka, tetapi hanya pelanggan yang OK sahaja. Dipendekkan lagi cerita, dorang ni aku kira-kira komisyen, dorang dapat RM500, pembayaran akan dibuat selepas kami (stuf TM) dapat claim dari TM yang dekat Pantai Dalam tu.

Cerita 4:
Aku dah bayar dorang RM400, balance aku tak boleh bayar lagi sebab atas masalah-masalah yang aku sendiri tak tu masalah apa. Jadi, atas desakan mereka sebab lama dorang tunggu. Aku pun faham dorang nak guna duit, ok lah. Setel. Tapi hari ini, dapat satu pesanan ringkas dari salah seorang dari mereka ini yang mengatakan aku curi customer dorang!Hoi, kau ingat aku nak sangat ke duit korang tu?Main cakap je, check la dulu. Ada satu customer ni dorang dapat, memang besar la komisyen, tapi nak buat macam mana, dah Failed, Ngok! Aku tak tahu la macam mana nak cerita benda ni, tapi memang bodoh, pergi la tanya dulu customer kau tu. Sendiri tak nak update customer, nak salahkan orang. Tau nak duit je, sengal!Nak report Polis?Pergi la, pergi Bukit Aman.Pegi pegi.Pegi la.