Kerjaya

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , ,

Aku sampai pejabat hari ni dengan kadar yang sangat kurang ajar, jam 9:50. Perangai aku sebelum masuk pejabat, aku akan ushar dulu bilik Bos aku. Lampu bilik tu menyala ke tak. Hari ni aku tengok menyala, pintu terbukak. Pastu aku tengok Wan duduk kat pintu. AKu dah agak dah ni mesti dan start mesyuarat.

Aku pun buat muka yakin je masuk bilik Bos, sambil sengeh. Bos aku cakap "masuk,selamat pagi". Aku balas dengan senyuman paling indah dalam dunia. Aku pun duduk dan teruskan mendengar. Macam-macam la Bos aku ni bebel. Aku sedar masing-masing sebelum ni kerja macam tak produktif. Dah mula ada perangai tak amik kesah pasal masuk kerja termasuk aku. Rumah dekat tapi masuk lambat. Apa kes? Biasa la tidur bilik ada aircond brader. Aircond punya celsius taknak 18 pulak kan. Kipas pulak macam tiga kan.Memang terbaek!

Bila aku dengar apa yang Bos aku cakap tadi, semangat untuk nak teruskan kerjaya aku kat sini mula membuak. Aku harap sangat kali ni membuak sampai mati. Aku taknak lepas meeting aku dah hilang mood balik. Tapi sangkaan aku betul. Sekarang aku dah kurang mood. Aku fikir jauh. Aku ada harapan ke duduk kat sini. Aku blur. Puzzle. Kat atas kepala aku macam banyak tanda soal.

Aku rasa aku kena lupakan sekejap apa yang dalam kepala otak aku sekarang. Petang ni aku dah nak gerak balik Palong. Hari sabtu ada rombongan Cik Senah. Mini rombongan je la. Sebab aku pergi dengan mak aku je. Aku mau rehat. Rehat dari peperangan hati aku yang selama ni asyik bergaduh dengan diri sendiri.

Dalam erti kata lain, aku mahukan masa untuk aku sendiri untuk aku boleh berfikiran lebih positif. Aku dah bosan duduk sini.

Selamat Hari Lahir Sayang

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Happy Birthday Nuna!

Aku

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Aku, selau bermain dengan perasaan sendiri. Memikirkan benda-benda yang tak patut aku fikirkan. Aku memang macam ni. Selalu macam ni.

Kadang-kadang aku macam malas nak fikir apa jenis malapetaka yang terjadi kat diri aku ni. Maksud aku perasaan aku. Macam takde jawapan yang sesuai. Banyak kali aku tanya. Tiap kali aku baring aku duduk ada je benda yang aku rasa kurang dalam diri aku. Macam ni ke aku?

Aku cuma mahukan rasa ketenangan abadi. Aku seperti mahu lari dari kekusutan dan kekalutan ni. Sungguh aku tak lagi mampu nak tanggung beban yang bagi aku menyusahkan aku. Kenapa aku perlu menyusahkan diri aku macam ni.

Aku ni seorang yang tak praktikal rasanya. Aku punya hati dan perasaan yang sangat sensitif. Kadang kadang ia menyusahkan aku. Aku tahu dia rasa susah dengan aku. Tiap benda aku rasa boleh menggugat perasaan aku. Aku akan cakap. Aku ni cepat kelaut. Lepas aku cakap cakap cakap. Tetiba aku rasa kesian pulak, mula la aku terfikir kenapa aku macam ni. Dan mulalah aku rasa benci kat diri aku sendiri. Aku mahukan perbuahan dengan dia. Perubahan yang membolehkan aku matang dan cerdik memikirkan hati orang lain. Walau hati aku macam ni. Dia, dialah yang selalu menjadi mangsa hati aku. Dia?Siapa?Dia adalah..

Nuna, kekasih hati dan minda aku. Memberi aku inspirasi untuk aku teruskan hidup ni walau susah walau senang kami berjanji bersama. Terima kasih kerana sanggup bersama dengan aku walau aku ni payah orangnya. Aku rasa bersalah dengan dia sebab banyak benda yang aku rasa aku merepek. Orang putih cakap disgusting, erk? Aku janji aku tidak lagi seperti sebelum ni. Nuna, aku hanya manusia biasa yang tak punya apa. Yang ada cuma hati, perasaan. Aku takut akan kehilangan kau disisi. Walaupun pelbagai dugaan, tapi aku tetap akan bersama kau. Maafkan aku atas kekurangan aku.

Aku rasa mungkin hidup aku bosan kat sini. Kat Kota Dosa, Kota Neraka bagi aku. Penuh dengan orang yang mengejar duit untuk mereka hidup. Hinggakan lupa akan Halal dan Haram. Asalkan dapat duit. Tapi disini jugak lah aku mencari rezeki. Untuk menampung hari-hari hidup aku kat sini. Bila aku rasa bosan akan kehidupan ni, kepala otak aku mula bercelaru. Tak berkembang malah menguncup seperti bunga yang tidak dibaja dan disiram. Membuatkan aku rasa aku sangat bodoh. Dan boleh buat aku rasa tak tenang. Dalam erti kata lain aku kusut.

Aku perlu pergi ke satu tempat yang aku tak fikir semua ni. Hanya aku dan dia. Dari pagi sampai malam, dari malam sampai pagi keesokaannya. Aku mahu tenang, mahu hirup udara kebahagiaan. Mahu fikir tentang masa depan. Tak mahu memikirkan yang lepas. Yang buruk bagi aku. Yang busuk bagi aku.

Bagi aku ketenangan adalah satu keperluan. Kebahagian adalah satu impian. Aku mahu buang semua yang keruh yang ada pada aku. Tiap apa yang didepan aku, masih banyak aku perlu aku bekalkan dari sekarang.

Aku, aku dan aku. Bukan tiga tapi satu. Hanya satu untuk dia. Hanya dia untuk aku. Tapi, bila aku sudah tiada nanti. Aku mahu kau teruskan semua ni. Bersama apa yang pernah kita lalui. Aku, mohon pada aku, agar aku bahagia. Cipatalah sebuah cerita indah. Nuna, aku rindu ingin berada disisi mu. Hinggakan derita rindu ini memecahkan emosi hati dan perasaan aku.

Aku...

Puasa Oh Puasa

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari Pee On Lizard & Miss Nuna!

Sebut pasal puasa, tahun ini buat pertama kalinya aku menyambut Bulan Ramadhan bersama Miss Nuna. Walau dia jauh, tapi aku konsider kitorang puasa sama sama lah. Ada cerita best pada 1 Ramadhan ni. Awal awal puasa dah buat hal. Malam tadi seperti biasa aku akan bergayut dengan dia. Takde la borak sangat pun, tapi sebab rindu kami tetap berborak. Penah sekali dulu kitorang borak sampai kul 6 pagi. Amacam? Hypercallisme x? Tapi malam tadi takdela sampai kul 6. Disebabkan nak sahur dan Miss Nuna ni penat bekerja setelah seminggu bercuti. Aku decide sampai pukul 2 je. Lagipun nak sahur. Mula mula tu dia suruh aku pegi cari makanan untuk sahur nanti sebelum tidur. Malas la awak nak bangun, nanti nak sahur saya turun la pegi eh? Tu la yang aku cakap kat dia. Dia akur dengan keputusan aku. Dan aku minta tolong dia kejut sahur. Tak kisah la pukul berapa pun, janji dapat sahur. Kitorang pun tidur.

Tetiba aku rasa macam lama aku tidur. Sekali aku tengok jam kat handphone aku dah pukul 8. Aku tengok ada satu SMS bertulis begini la lebih kurang : sory awk xseda saho. Haha. Elok la tu dua dua tak sahur. Aku pun cakap takpelah. Nak buat macam mana. Ada jugak aku sahur pukul 8.30 nanti. Tapi tak beb, aku puasa hari ni! Miss Nuna pun sama ok.

Sekarang aku kat rumah abang aku berbuka bersama isterinya yang tercinta. Miss Nuna pulak makan mee yang tak sedap katanya. Takpe, besok beli kat kedai lain pulak ye? Walaupun kita tak berbuka sama sama. Tapi aku tak rasa macam tu.

Sebenarnya aku tak lepas fikir pasal dia kat sana. Dah la jauh. Aku sabar je ni. Tahan je. Makan pun tak berapa selera. Semua serba tak kena bagi aku bila macam ni.

(mata terkebil kebil, bulu mata aku macam basah, rasa pedih kat kelopak mata) Amacam? Siapa penah rasa?

Bye.

Maafkan Aku

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Maafkan aku kalau aku ada buat silap. Mungkin belum masa untuk aku nak cerita satu-satu kat kau. Mungkin aku belum bersedia untuk tu. Maafkan segala kekurangan aku. Aku tahu aku naif dalam benda ni. Aku tahu aku terlalu menyakitkan bagi kau. Maafkan aku. Mungkin kata-kata aku boleh buat kau berdarah. Mungkin juga boleh buat kau separuh mati. Mungkin aku tak tau nak minta maaf kat kau.

Mungkin aku pernah buat kau bahagia, derita, sengsara. Tapi tu semua dulu. Mungkin sekarang aku seolah-olah nak membawa hati aku yang dulu pernah dipijak ke tempat yang aku sendiri tak tahu. Bukan tak nak jernihkan yang dah keruh.

Sekarang aku ada hidup aku. Walaupun aku sendiri tak tahu apa penghujungnya. Tapi aku doakan aku bahagia. Dan kau, aku doakan supaya kau bahagia jugak. Mungkin aku, kau, kau, kau, kau, kau dan kau perlukan masa untuk fikir dan jernihkan sendiri. Aku mungkin tak mampu. Aku bodoh. Walau kau tak cakap macam tu. Tapi, siapa kau nak menilai hidup aku? Apa yang jadi tu bagi aku semua dah lepas. Aku minta maaf sangat.

Mungkin entry ni ada kena mengena dengan kau, kau, kau, kau, kau dan kau. Minta Maaf. Mungkin ini satu permulaan bagi korang.

Pecah Kepala

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , ,

Hari tu aku ada beli majalah JUNK kat kedai Miyazaki. Tapi baru semalam aku sempat belek majalah tu sehelai sehelai. Tiba tiba aku tertarik dengan satu Malaysia Artwork. Gempak + kemas + menusuk kalbu = Pecah Kepala. Aku macam pernah dengar nama diorang ni kat satu laman so-sial sebelum ni. Tapi aku tak terniat nak usha lagi dalam siapa mereka ni. Korang boleh usha kat blog diorang untuk tengok hasil grafik yang bagi aku sangat menarik.

Mungkin ramai yang tidak kenal lagi siapa PK. Tapi bagi mereka yang menceburi bidang rekaan grafik, mungkin mereka telah lama tahu kehadiran PK ni. Banyak lagi sebenarnya hasil seni anak Malaysia yang harus dikenali dan dibangakan. Tapi mungkin korang korang masih belum berkesempatan untuk kenal dan lihat sendiri hasil mereka.

Jadi, apa lagi? Korang boleh cari PK ni kat facebook. Mungkin korang boleh jumpa banyak lagi independent desinger anak malaysia ni kat dalam FB Pecah Kepala. Aku yakin.

Support Local Act!

Sampai Lebam beb Tangan Aku

Posted: by ModulaOblongata in

Aku termenung malam tu. Aku fikir. Berapa lama lagi aku kena tanggung. Sambil Winston kat tangan. Lepas bangun aku duduk. Lepas tu baring. Sambil bercakap dengan seseorang. Dia pening. Nak pergi ke taknak. Dia tanya aku. Aku tak tahu. Buntu. Macam macam yang ada dalam kepala aku. Light lagi Winston. Hembus merata rata. Puas. Masih lagi fikir. Seperti tidak mampu memutuskan apa yang dibincangkan. Aku cuma mampu bagi yang terbaik untuk dia. Walau aku rasa tidak terlalu baik untuk aku. Tapi itulah yang dipanggil pengorbanan. Kalau lembu kena korban. Dapat pahala. Kalau kita korbankan sesuatu yang baik pun dapat pahala. Tapi kalau kita kena korban. Ha, jawab la sendiri. Maka, dia ambil keputusan untuk pergi. Meleraikan sesuatu yang kurang pasti antara mereka. Dengan harapan mereka dapat selesaikan.

Tapi satu yang aku benci dengan perangai aku. Tak sabar. Kalau boleh masa tu jugak aku nak tahu keputusan sebenar. Padahal dia pun tak tau nak jawab apa. Payah kan? Memang payah. Jiwa kacau.

Pagi keesokan hari, aku dapat sms. "Awak, kte dalam bas nak pegi kl". Apa yang aku rasa masa tu. Lega. Sebab? Ada la. Hehe. Hari tu aku punya la takut. Mana la tau kot jadi apa apa. Aku ni cepat risau sikit. Payah. Takut orang rimas. Dalam hati aku cakap, "take your time". Ayat penyedap hati. Tunggu je la syafiq. Masa tu apa punya jenis syaitan nir rajim masuk kat badan aku. Aku pun tak tau.

Aku planning hari tu aku nak balik awal. Tak kira la aku bagi alasan apa pun. Janji aku dapat keluar awal. Aku nak hantar dia balik ke Arctic Kluang Monkey. Tepat jam 4 petang. Aku hantar sepucuk sistem pesanan ringkas, tanya dia ada kat mana. Dia balas, Titiwangsa. Masa tu aku nak gerak pergi ke The Hill of Jalil. Sebab dah bercadang jumpa kat sana. Hujan + Sandwish (Bak kata Junaidi Jammed = Sandwish). Sejam jugak la aku layan sandwish tu. Sampai la aku kat The Hill of Jalil. Semakin dekat aku rasa dengan keputusan yang harus aku terima walau apa sekalipun yang keluar dari mulut dia. Bak kata Bob Marley, "everything gonna be alright". Masih dalam keadaan separa sedar. Betul ke ni? Ke tak betul. Lama jugak aku ambil masa untuk betulkan kepala hotak aku. Muka pun masa tu macam tak betul. Puzzle. Akhirnya aku sedar, senyum terpancar di muka aku. Aku tak tahu nak cakap apa masa tu. Happy la sangat. Macam dunia ni mak bapak aku punya. Senyum je. Dalam perjalanan kami penuh dengan senyuman dan gurau senda. Hehe.

Buat pertama kalinya, kami berpeluang untuk menikmati perjalan yang agak seronok. Walaupun jauh, tapi aku rasa dekat je Artic Kluang Monkey tu. Makin dekat dengan Ayer Hitam, masing masing macam dah tak betul. Bawak kereta pun dah masuk lane orang bawak kereta 40km/j. Orang cakap, kalau bawak kereta macam tu, orang bercinta je. Tapi memang betul pun. Lori satu tan buruk tu pun potong kitorang.

Sampai jugak di Bandar Kluang. Lepas hantar, aku terus balik ke Segamat. Balik ke rumah Ibunda tersayang.

Settle!

Catatan / Nota

Posted: by ModulaOblongata in

Old Town White Coffee. Air Asam Jawa Lemon. Bubur Makcik Sedap. Benggol. Kiri jadi kanan. Kanan Jadi Kiri. Mana-mana pun boleh. Despicable Me. MBO. Kak Tiya. Danny. Giant. Tak tidur sampai lebam. Photo Hunting. Mewarna. Aku rindu semua ni.

Cinta Ku Tertinggal Di Kluang

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Jumaat, dua puluh tiga julai dua ribu sepuluh. Tepat jam 1800, cepat-cepat aku setelkan kerja. Sebelum tu, aku dah siap-siap kemas baju aku, kasut converse, charger, barang solekan (Haha). Aku keluar je dari pejabat, aku cari selipar aku. Takde?ni confirm Bang Lan rembat. Aku bukak rak selipar, aku nampak ada satu selipar lebih-kurang-macam-crocs. Dalam hati aku cakap, "rembat sudah". Selipar aku pun dah takde. Masuk kereta, kasi panas enjin sikit. Tengok-tengok tayar, cun! Minyak nak kena isi kat R&R Seremban. Hati aku masa ni dah berdebar-debar dah sebenarnya. Rasa nak cepat je semua. Aku rileks lagi. Aku keluar je masuk Jalan Kuching, Adoi! Kesesakan lalu lintas berlaku. Haha.

Takpelah, nak buat macam mana. Nama pun KL. Aku layan je. Masuk MRR2 pun sama. Lagi gila jammed. Masuk Sg. Besi pun sama jugak. Lepas Tol Sg. Besi baru la selesa. Aku bajet nak sampai Kluang lebih kurang pukul 9 lebih. Jadi, dengan kereta BMW 5 series aku, aku kena henjut dalam 150 - 160km/j. Sebab nak kejar masa. Jalan pun lengang. Cun!

Dalam perjalanan aku ni, aku doakan agar tiada apa yang berlaku. Sampai Rock&Radical Seremban, aku isi minyak. Penuh. Lepas ni aku dah malas nak berhenti kat mana-mana. Masa aku bawak kereta ni, hati aku macam-macam rasa ada. Sumpah aku cakap. Tak tau nak rasa apa itu jam. Tengok langit dah gelap. Masa tu aku rasa dah pukul tujuh lebih tak silap aku. Lepas hentian aku jumpa R&R, belambak lambak. Malas nak berhenti sebab nak kejar masa. Badan dah lepak. Air pun takde dalam kereta, takpelah. Aku cuba raba-raba dashboard kat bawah radio kereta aku, kot-kot la ada air. Raba punya raba aku ada rasa macam tin. Tinggi dan ramping, aku angkat je, hah! Sparkling Tongkat Ali X10, Cun lah. Memang Cun. Aku minum sikit, walaupun tak sejuk, tekak dah kering, nak isap rokok pun dah tak sedap. Bukak tingkap, ambil Winston, aku light sebatang. Tarik dalam-dalam. Hembus asap kat tingkap. Selesa.

Beberapa minit kemudian, aku nampak signboard Tangkak lagi 12km. Tiba-tiba aku teringat Naim. Kawan baik aku masa aku lepak kat Muotown. Sebelum simpang Tangkak tu, ada satu hentian Kg. Bemban,aku ingat nak berhenti kejap nak telefon Naim. Aku pun berhenti la kejap. Aku beli air Nescafe, beli satu pau ayam. Nampak macam sedap je kuih pau tu. Duduk kat kereta, bukak pintu, berdiri sambil tangan kanan kat pintu yang terbukak tu, kaki bersilang, possing macam nak telefon awek, tangan kiri pegang rokok, tangan kanan terlipat letak kat telinga kanan sambil pegang telefon, macam nak telefon awek, tapi aku telefon Naim.

Aku: Weh, ko kat mana?
Naim: Aku kat rumah Azza ni.
Aku: Ko tak balik Kluang ke?
Naim: Balik, esok pagi aku balik, ada kerja sikit malam ni, aku nak mencanggihkan komputer orang.
Aku: oh ye ke. Aku nak pergi Kluang ni, ingat nak pungut kau.
Naim: Takpelah, esok ada rezeki kita jumpa.
Aku: Orite im. Bye!

Dalam hati aku cakap, "mamat ni buat lagi kerja mencanggihkan komputer orang rupanya, bagus". Aku pun teruskan perjalanan aku. Lepas je simpang Tangkak, hati aku dah rasa best sikit sebab aku dah masuk Negeri aku, Johor. Bermakna dah tak jauh sangat dah nak sampai Kluang. Itu jam aku senyum je.

Aku nampak Pagoh je aku senyum. Aku nampak Yong Peng pun aku senyum. Aku nampak Ayer Hitam je aku gelak. Haha. Aku keluar kat Tol Ayer Hitam. Sampai kat pemintak-sedekah-tol tu, aku bagi tiket. RM 32.40. Setel. Tiba di persimpangan yang aku nanti-nantikan. Ke kanan lah simpang yang aku nak pergi. Sekali lagi aku nampak signboard, tapi kali ni aku nampak signboard Kluang pulak. Lagi 17km. Eh! Dah tak jauh rupanya. Tengok jam baru pukul sembilan lebih. Cun! memang sempat aku nak pergi jenguh "dia" kat "situ".

Dipendekkan cerita, sampai je aku kat "situ". Aku masuk kedai "tu". "Dia" terkejut. Siap kena halau. Hehe. Memang seronok lah sangat. Rindu la katakan. Kami habiskan masa bersama selama dua hari bersama keluarga "dia". Dan semalam, satu benda yang aku tak suka. Bila aku dah nak balik. Sedih sebab tak tahu bila dapat jumpa lagi. Rindu sebab nanti dah nak jauh. Sekarang pun tengah rindu lagi.

Dan sekarang, aku dah kat ada KL. Cinta aku, aku tinggalkan kat Kluang. Untuk kami mencari periuk nasi. Teruskan hidup walaupun jauh. Walaupun hati ni memang berat untuk nak tinggalkan. Tapi kami akur, belum tibanya masa untuk kami bersama selalu. Ikutkan hati, memang taknak balik. Biasalah. Sampai kita jumpa lagi.

Aku tinggalkan separuh hati aku untuk dia. Untuk dia rasa apa yang aku rasa. Untuk aku dapat rasa rindu yang semakin membuat aku ingin selalu kesana.

Aku rindu.

Selamat Pengantin Baru

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

Amacam gambar aku, gerek? Haha. Gambar ni diambil semasa Majlis Perkahwinan abang aku yang berlansung di Felda Palong Timur 2. Sebelum apa apa yang aku tulis, aku nak ucapkan Tahniah kat abang aku dengan Kak Azi kerana berjaya mendirikan rumah tangga mereka.

Lebih kurang 6 bulan keluarga aku rancang untuk majlis abang aku nih. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Memang best sangat sebab semua ahli keluarga belah mak dan abah aku datang. Err, aku tak sangka aku dah dapat kakak ipar! Haha. Walau apa pun, aku doakan mereka berbahgia sampai bila-bila. Harap aku dapat anak buah tahun depan, amacam bro? Hehe.

Nanti aku upload gambar abang aku kawen. Mungkin aku akan upload kat FB je, kat dalam blog ni aku letak yang mana cun je, hehe! Ha, aku lupa nak ucapkan terima kasih kepada Juliana Abdullah kerana sudi menghadirkan diri ke majlis abang aku. Kalau dia tak datang memang nak kena. Sebab aku dah pergi rumah dia hari tu. Tapi kali ini dia datang dengan Cik Dollah (Abah Juliana) je. Jadi, sekali lagi diberi kesempatan untuk borak pasal masa depan. Kalau ada sumur di ladang, boleh lah kita ternak kambing, Hihi!

Ni aku nak cerita pasal kenduri hari tu pulak. Masa kenduri hari tu, bos abang aku, En. Zaidi menaja air Sparkling Tongkat Ali X10 sebanyak 2000 tin. Sumpah banyak. Aku rasa dah mabuk Ali orang felda aku tu minum air ni. Masa majlis berlansung, Pekpi (Pakcik aku) dan Seeput (Kawan Pakcik Aku) jadi DJ. Memang gerek. Suka makcik pakcik kat felda aku tu. Pekpi dengan Seeput ada buat cabutan bertuah untuk orang yang tolong-tolong masak, rewang. Jadi, diorang ni mak aku bagi kain, kat kain tu ada tulis nombor. Hadiah Pekpi sponsor. Tak cukup dengan hadiah tu, diorang bagi air Sparkling Tongkat Ali X10 ni. Suka la pakcik makcik ni. Tapi yang aku pelik, makcik makcik yang suka sangat air ni. Sampai Cik Ana mintak kat aku 1 crack air ni. Aku rasa pakcik pakcik malu kot nak amik, Haha! Makcik Pakcik Felda Palong Timur memang sempoi.

Ditambah lagi dengan kawan lama mak dan abah aku datang, seronok sangat. Satu je yang tak berapa seronok. Asal pakcik pakcik, makcik makcik jumpa aku, mesti diorang tanya, "Ko biler lagi?". Bila lagi? Mana la aku tahu. Tunggu je la. Kalau tahun depan jodoh aku, siap sedia la makcik pakcik kat Felda Palong Timur eh? Hehe.

Penat pulak aku taip nih. Lain kali aku cerita lagi. Jaga diri ye.

Settle!