Baru Aku Tau Yang Aku Suka Membaca.

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Maaf sebab lambat sangat nak update blog ni. Atas sebab-sebab yang xdapat nk dielakkan. Aku ni susah sikit nak update blog, even internet 24/7, tapi aku kurang idea dan kurang masa untuk menulis. Mungkin sebab aku belum ada sifat untuk meluah dalam blog, atau mungkin aku bukan macam tu.

Selama aku diamkan diri, aku ada baca beberapa blog yang aku suka baca. Hari-hari aku baca. Aku ambil contoh sambil kenal beliau-beliau ni macam mana, tapi kebanyakan blog yang aku baca semuanya ada sifat dan minat yang sama. Muzik, Bundle. Dan aku juga seorang yang begitu. Semua muzik aku dengar, tapi mood aku untuk dengar muzik kali ni Ska/Punk. Err, aku malas nak cerita pasal muzik kat entry ni.

Disebabkan aku dah lama tak updated blog ni, aku rasa kekok untuk aku nak start balik, tapi takpe, aku akan kongsi dengan korang apa yang aku rasa aku nak kongsi.

Semanjak dua menjak ni, aku ada perasaan benci dengan kerja aku sekarang ni sebagai Customer Service Officer. Mula-mula aku kerja dalam bidang aku rasa syok sampai aku boleh kerja dari 8.30 pagi sampai 8.30 malam. Tapi lama-lama aku benci. Aku benci untuk nak terangkan kat pelanggan pasal produk yang terbaru. Kalau pelanggan ni tanya banyak je muka aku terus berubah dan aku akan divertkan customer ni ke Kajang. Suruh customer ni berurusan di Kajang sebab Kajang adalah Pairing atau lebih dikenali sebagai Centre.

Aku jadi benci duduk kat pejabat ni sebab aku dah mula benci dengan perangai segilintir officemate kat sini. Aku malas nak cakap banyak pasal orang kat dalam pejabat ni macam mana. Bukan aku nak cakap yang aku ni baik sangat atau bagus sangat aku bekerja. Tapi..entahlah. Pegi mampos la kau. Sebab mula pada 20 April 2010 ni, aku akan mula bekerja di Jalan Ampang, pejabat lama aku. Mungkin ada banyak masa untuk aku menulis. Mungkin ok?

Kerja macam aku ni pelik sedikit berbanding dengan kalau korang kerja kat syarikat swasta lain. Agak penat, tapi biasa la kerja kan? Yang aku boleh cakap kerja aku ni pelik sebab job specs kerja kat sini terlalu luas, tiada halangan apa yang aku nak buat asalakn boleh mengungtungkan syarikat ni. Kalau aku rasa aku nak buat Gigs terbesar kat Muar, kalau aku rasa aku boleh dapat untung dari situ, aku boleh buat. Suke Hati Aku, Haha! Maksud aku aku boleh buat, janji Boss aku cakap Proceed!

Jadi, bermula minggu depan aku akan duduk semula kat Jalan Ampang, kerja meningkatkan jualan "Sparkling Tongkat Ali X10". Kat radio Era dah masuk iklan. Kat TV3 pun dah. Kalau lepas ni buat sale kat Jom Heboh Danga Bay masih lagi kurang, aku kena buat sesuatu untuk itu. Aku akan cari jalan untuk aku tingkatkan lagi jualan. Boss aku pun suka nanti.

Ni yang aku malas ni, bila aku ada mood menulis je, mesti aku dah tak tau apa nak tulis. Dua minggu lepas, aku ada baca blog sorang Brader ni, aku suka baca blog dia, mungkin penulisan dia yang senang untuk aku faham, lagi satu cerita dia buat aku ketawa sorang sorang. Sampai habis aku baca blog Rambo nih. Banyak aku belajar dengan blog dia nih sebab aku suka cara hidup org yang betul-betul-blogger. Ramai la blogger yang aku suka baca, contohnya aku akan letak link kat sebelah kanan page ni, ok?

Besok aku nak pegi Kelantan, aku nak jumpa bapak aku. Bapak aku cakap kat sana ada port mancing best! Gua Musang, tunggu aku pijak tanah kau.