Muka Mintak Kena Sepak!

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Kelmarin, 14hb Mac 2010 (Sabtu)

Hari ni aku tido, makan, lepak dalam bilik, dengar lagu, sakit perut, memerut, isap rokok lagi, design bunting ngan banner. Ha ni aku pelik, bunting ngan banner bukan sama ke? dah la ejaan bunting tapi sebut banting.

Petang, aku sambung kerja kerja mereka bentuk bunting ngan banner untuk produk air company aku, Sparkling Tongkat Ali X10, dengar cerita iklan air ni masuk TV bulan 4 nih. Kalau korang nak usha air ni, boleh la menziarahi website ni, www.miraxis.com.my.

Bulan ni 26 & 27hb insyaallah kami ke Kelantan untuk memeriahkan lagi Jom Heboh sambil jual air Tongkat Ali. And kalau korang nak tau, Jom Heboh kali ni first time beb buat kat Kelantan! Mekasih Nik Aziz Nik Mat, insyaallah kitorang jaga nama baik negeri Kelantan demi cintakan bulan penuh di sebalik dunia yang hijau.

So, banner & banting semua produk atau apa apa je advertisement mesti ditulis dalam bahasa Jawi, ada baiknya jugak, sebab kitorang company kecik je, mana la ada graphic designer ke apa ke, jadi atas apa yang aku pernah beljar dulu, aku dilantik menjadi graphic designer sementara. Haha!

Insyaallah minggu ni jugak kami akan mem'brainstorming untuk plan apa nak buat kat sana nanti, jadi kepada mereka mereka yang duduk di kelantan, boleh la datang memeriahkan lagi Jom Heboh, tapi aku rasa kumpulan nasyid je kot yang akan dijemput buat konsert! Haha. Kalau TV3 jemput band o@g pun, aku rasa dorang akan buat acoustic je kot. Tapi OK apa kn?

Petang, chef Yon datang ke TMpoint Bangi membawa juadah makan malam, Yon masak! Sape Yon? Korang tak perlu kot.Hehe! Menu hari ini, Sardin 3 in 1 (budak budak boleh masak ek?) hehe, Telur Dadar Hangus, dan Sayur apa tah. By the way, Best! Four Thumb Up. Licin. Thank You Yon.

Lepas Makan aku sambung balik buat keje keje design.

Malam aku kat McD Bangi, ada satu akak ni gedik! Please be nice with your customer kak, we are not chicken, because your face like want to eat me, are you period ha?? bukan bermaksud sexist! tapi akak tu gedik. Pekak pun ye jugak. Kalau korang tau, kami melantak lagi kat Mcd, haha! emm, kak, Big Mac satu, air milo ais. Makan sampai lebam, sambil2 aku update blog ni, ad suara kedengaran seperti ini, "rasa macam nak makan ayam pulak la, agak agak kalau i makan u ada nak cakap apa apa x?". Dengan penuh ikhlas di hati, aku belikan set ayam Mcd. Haha! Giler Kentang!

Aku rasa ni je untuk hari ini, Good Nite Datuk Najib Razak, Selamat Malam Anwar Ibrahim, moga anda dipanjangkan umur.

Salam.




Sekali Lagi Mencuba

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Sekali lagi aku kuatkan hati dan tangan aku untuk menyemakkan simpanan email aku kat gmail.com untuk berhasrat menembusi dunia penulisan blog nih. Sebenarnya aku pernah ada blog blog nih, ada dua lagi, tapi kedua duanya dah telah aku terlupakan passwordnye! aku harap kali tak lagi seperti yang sebelum ni. Sebab, sebenarnya aku tak hingin pun nak merapu-rapu kat blog ni, tapi takpelah, aku cuba. Cuba untuk menulis. Mungkin disini rezeki aku untuk menulis.

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog-blog aku sebelum ni, aku dah tak rasa pun nk buat akaun baru untuk blogspot, bosan sebab takde bende pun nak tulis, tak tahu apa yang diceritakan, tapi baru-baru ni aku ada jumpa segerombolan makhluk bloger di sebuah tempat yang dirahsiakan, mereka ini telah membuatkan aku sekali lagi menguatkan aku untuk buat blog, baru aku tau, menulis ni sebenarnya berkogsi, meluah, apa saja yang kita rasa itu boleh buat orang suka baca, boleh jumpa kengkawan mungkin, tapi mungkin tak di blog ni, sebab aku sendiri tak suke, tapi takpe, aku cuba!

Kenapa aku buat kalau dah tak suke?suke aku la aku nak buat, haha! Aku buat blog ni sebab aku ada rasa nak share dengan mereka-meraka yang sudi membaca, dan berkongsi cerita-cerita yang tak menarik dalam blog ni. Contohnya apa yang aku tahu yang korang semua tak tahu. Blog ni aku kategorikan (tetibe tak reti eja katogeri eh ntah! gi mampos) sebagai syafeex, the diary (ii), sebab sebelum ni aku ada blog, http://syafeexthediary.blogspot.com, tapi macam mana tah boleh lupa password. Bila tengok balik, dah ok dah blog tu. (agaknye la)

Insyallah dengan apa yang aku ada sekarang, aku rasa nak sambung balik benda-benda ni, nak sambung balik benda yang aku rasa aku tak berapa boleh nak buat yang terbaik dalam blog ni, kekadang jeles jugak tengok blog orang, best je baca, tapi walaupun masih rasa macam nak tak nak je buat blog, tapi aku nak buat jugak, aku cuba!

Aku rasa setakat ni je yang aku rasa nak tulis, apa jadi dengan entry lepas ni, ada atau tak entry ni, tunggu je la. (langkah pertama untuk pergi tanpa hala tuju memang susah, tapi kalau Allah kata kita ada rezeki kat situ, ia tetap akan ada)

Sekian, Wassalam.