Sekali Lagi Mencuba

Posted: by ModulaOblongata in Labels:

Sekali lagi aku kuatkan hati dan tangan aku untuk menyemakkan simpanan email aku kat gmail.com untuk berhasrat menembusi dunia penulisan blog nih. Sebenarnya aku pernah ada blog blog nih, ada dua lagi, tapi kedua duanya dah telah aku terlupakan passwordnye! aku harap kali tak lagi seperti yang sebelum ni. Sebab, sebenarnya aku tak hingin pun nak merapu-rapu kat blog ni, tapi takpelah, aku cuba. Cuba untuk menulis. Mungkin disini rezeki aku untuk menulis.

Setelah sekian lama aku tinggalkan blog-blog aku sebelum ni, aku dah tak rasa pun nk buat akaun baru untuk blogspot, bosan sebab takde bende pun nak tulis, tak tahu apa yang diceritakan, tapi baru-baru ni aku ada jumpa segerombolan makhluk bloger di sebuah tempat yang dirahsiakan, mereka ini telah membuatkan aku sekali lagi menguatkan aku untuk buat blog, baru aku tau, menulis ni sebenarnya berkogsi, meluah, apa saja yang kita rasa itu boleh buat orang suka baca, boleh jumpa kengkawan mungkin, tapi mungkin tak di blog ni, sebab aku sendiri tak suke, tapi takpe, aku cuba!

Kenapa aku buat kalau dah tak suke?suke aku la aku nak buat, haha! Aku buat blog ni sebab aku ada rasa nak share dengan mereka-meraka yang sudi membaca, dan berkongsi cerita-cerita yang tak menarik dalam blog ni. Contohnya apa yang aku tahu yang korang semua tak tahu. Blog ni aku kategorikan (tetibe tak reti eja katogeri eh ntah! gi mampos) sebagai syafeex, the diary (ii), sebab sebelum ni aku ada blog, http://syafeexthediary.blogspot.com, tapi macam mana tah boleh lupa password. Bila tengok balik, dah ok dah blog tu. (agaknye la)

Insyallah dengan apa yang aku ada sekarang, aku rasa nak sambung balik benda-benda ni, nak sambung balik benda yang aku rasa aku tak berapa boleh nak buat yang terbaik dalam blog ni, kekadang jeles jugak tengok blog orang, best je baca, tapi walaupun masih rasa macam nak tak nak je buat blog, tapi aku nak buat jugak, aku cuba!

Aku rasa setakat ni je yang aku rasa nak tulis, apa jadi dengan entry lepas ni, ada atau tak entry ni, tunggu je la. (langkah pertama untuk pergi tanpa hala tuju memang susah, tapi kalau Allah kata kita ada rezeki kat situ, ia tetap akan ada)

Sekian, Wassalam.