Semalam

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Aku nak lupakan dulu pasal kerja aku yang aku cakap nak sambung hari tu. Aku nak cerita pasal Yesterday Glory.

Tepat jam 11.20 pagi, "awak, kite sampai!". What?dah sampai, aku bangun dari tempat tidur, masuk bilik air, gosok gigi, usha-usha mata sikit, mana lah tahu ada najis mutawasitah terselit kat mata. Basahkan rambut, basuh muka. Setting muka kasi nampak macam mandi. Keluar bilik air, ambil seluar Dockers Codroy warna coklat, pakai, ambil tali pinggang kat seluar kerja aku kelmarin. Pergi pulak kat tempat sidai baju. Cari t-shirt "Listen To Jimi", dah kering. Cun! Pakai. Capai dedorant, gosok sikit kasi wangi. Kejut Dadak. "Beb, gua nak pakai kereta, amik "member" aku kat Bukit Jalil jap". Dadak cakap, "Ok!". Aku senyum. Dalam hati aku masa tu tak tahu la apa perasaan yang tengah berlaku. Macam-macam.

Panaskan enjin. Handphone aku dah nyawa-nyawa ikan. Dalam hati aku cakap "boleh lagi ni". Nak sedapkan hati. Aku terus teruskan perjalanan aku pergi Bukit Jalil. Slow je aku bawak. Orang taman aku cakap "pelan-pelan kayuh". Fuh! berdebar aku nak cerita kat korang nih.

Sampai sana, ngam-ngam bateri handphone aku mampos! Aku rilex lagi. Cari kedai handphone, mesti dorang ada charger. Terima kasih Apek kasi pinjam lu punya charger. Aku call "dia", "awak, tunggu kat pondok polis, nampak kan?". Dia kata, "Ok!".

Akhirnya, Allah s.w.t pertemukan kami juga. :)

Banyak lagi aku nak cerita, tapi aku nak simpan untuk tontonan kami saja. Walaupun pelbagai rintangan dan konflik semalam. Tapi aku suka! Sekian lama kami tak jumpa, tak pernah jumpa pun. Aku seperti jumpa apa yang aku nak. Macam aku cakap tadi, dah lama hati aku tak disuntik dengan kasih sayang, cinta, rindu yang sebegini hebat.

Siapa dia? Hehehehe. :)

Semalam hari aku yang paling happy!. Aku seperti hidup balik dari mati dalam dunia ini. Menyingkap pelbagai jawapan, keresahan, kekalutan. Terjawab seribu jawapan. Semalam. Terima kasih semalam. :)

Balik Kampung Lagi (Episod 1)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

Aku sekarang on the way balik dari Palong Timur ke Kuala Lumpur dan singgah sekejap kat Basri Tomyam, Senawang. Kali ni aku balik kampung untuk pergi ke kenduri kakak dan abang kepada Juliana Abdullah, kawan aku masa aku sekolah rendah dulu. Lama gila aku tak jumpa dia, akhirnya jumpa jugak aku kat kampung dia di Gadek Melaka. Dulu aku dengan Juliana ni takde la rapat sangat. Tapi dia ni popular sebab Cik Dollah (Bapa Juliana) ngan Cik Nisah (Mak Juliana) jual kuih pagi-pagi kat Felda Lepar Hilir 6 atau lebih dikenali "Lepar Dalam" sebab memang dalam felda tu. Dulu Pagi-pagi aku ngan kawan-kawan aku selalu la beli kuih-kuih dengan nasi lemak diorang ni. Lama dah aku tak rasa kuih-muih Cik Nisah. Sumpah memang sedap. Sampai dulu aku beli konon nak buat bekal untuk aku rehat kat sekolah, tapi tak makan pun. Sampai berulat-ulat kat dalam beg aku simpan. Bukan taknak makan, tapi lupa nak makan. Perangai buruk aku dulu.

Jadi masa aku sampai hari tu, (13 Jun 2010) kat kampung diorang, Mak bapak Juliana ni la yang sambut kitorang. Tetiba ada seorang awek ni, muka seakan Junainah (Kakak Juliana) yang dulu agak Hot kat Lepar. Cun la, dan sekarang adiknya (Yasmin) seakan mewarisi kakaknya. Haha. Aku mula-mula tak tahu pun yang tu adik Juliana, lepas borak dengan Juliana baru la aku tahu. Abang aku ngan mak aku kenal la adik beradik Juliana ni, mak aku cakap si Yasmin ni masa kat lepar kecik lagi, pendiam. Dalam hati aku cakap "patut la..". Juliana ni pulak muka memang tak berubah, kecik-kecik + muka tembam + sebijik macam muka mak dia = comel atau cute. Dia pun join jugak masa kitorang makan. Macam biasa la, borak seperti biasa, seperti mana kalau orang lama tak jumpa. Tanya khabar, buat apa sekarang, bila nak kahwin la, macam-macam lagi la. Nak borak lebih-lebih tak boleh sebab dia ni ada keje lain nak buat. Ada masa kita jumpa lagi eh Juli, kita borak-borak pasal masa depan pulak. :)

Ni baru cerita pasal aku balik kampung. Aku ingat nak share dengan korang pasal kerjaya baru aku sekarang. Tapi malas nak taip sangat. Jadi, aku terpaksa pendek dan padatkan untuk entry ni.

Sekarang aku dah keje dengan pakcik aku, Nisajaya Communication atau lebih dikenali sebagai Niscom. Kerja memang banyak, belambak-lambak. Pastu blogspot, facebook, YM, dan segala laman web Lucah kena block. Jadi aku susah nak update blog aku kat pejabat.Adoi!! Malas pulak aku nak cerita pasal kerja aku ni. Lain kali la ye. :)

Hidup Mesti Diteruskan

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

" When you try your best but you don't succeed, When you get what you want but not what you need, When you feel so tired but you can't sleep, Stuck in reverse ", Coldplay - Fix You

Kadang-kadang, dalam hidup ni, apa yang kita nak tak semua kita dapat. Yang kita sayang tak semua kita boleh dapat. Yang kita suka pun tak semua kita boleh dapat. Usaha + Doa + Usaha = Superb!

Esok, 7hb Jun 2010, bersamaan dengan 24 Jamadil Akhir 1431H, aku akan mulakan langkah aku yang baru dalam hidup ni. Misi hidup ini masih belum selesai.

" Well I been thinking about the future, But I'm too young to pretend, It's such a waste to always look behind you, Should be lookin' straight ahead ", Jet - Move On.

Walau cammana pun, hidup harus kedepan, umur tetap makin meningkat, jodoh dan ajal pun makin dekat, mana satu yang datang dulu, tu Allah tentukan. Kalau boleh, biarlah serentak, hehe.

" When the days all seem the same, Don't feel the cold or wind or rain, Everything will be okay, We will meet again one day, I will shine on, for everyone ", Jet - Shine On.

Moga apa yang kita buat semuanya baik-baik. I will shine on for everyone. :)

I See Dumb People (ISDP)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , ,

I See Dumb People (ISDP) isn't really a "ska-band", just a bunch of friends, who have same interests, same musical influences, same passion, which is to be good at the instruments they play.

ISDP emerged after dean (drummer) wonder if he could play drums after he felt that he sucks on guitars. Then he asked his respectful buddy, ajen (guitarist / vocalist) if he would join him to form a band together, and "sure" was the lowest "word" he would think about. Then, dean gave ajen a few songs of Shaka Labbits, and "88 Royal Ska" made ajen wanted a band that sounds like the mighty "Shaka Labbits".

Then ajen told his friend, Jien the metalhead that he needs a bassist. Jien agreed and they started to jamm together. At first, they were just playing around, and they had never thought about being serious playing music. But after a couple of jamming session and being misunderstood that they were playing "Brit Rock" instead of "Ska Punk" when they played their very first song "Korupsi Ideologi", they changed the song and they felt that they have to show all music enthusiasts about how the "not-really-SKA-band" sounds like.

The name "I SEE DUMB PEOPLE" came after ajen wore a shirt printed with "i see dumb people" words on it and dean asked ajen if he agrees if the band being named after "I SEE DUMB PEOPLE" "because the name represented the band better than the members of ISDP itself". :) After a few arguements, bombing all around, and sneezing on the faces amongst them, "I See Dumb People" were taken as the official name.

It was about 8 months they had been playing music together as a 3-piece band and it was not really easy for ajen to hold the responsibility as a lyricist, sings and plays the guitar at time. To ease his burden, they had to find another guitarist. A bunch of names listed and a lot of people have been rejected as well.

Then ajen asked the "future-businessman" friend named Faris studying at UTM Jalan Semarak, if he would join this band.

But they had to test faris first to see what he is capable of, the sentimental value "korupsi ideologi" was taught and surprisingly, he managed to memorize all 4 songs of ISDP in just 2 days! It was very delightful after the completion of ISDP lineups.

A year with full of poking nose and fart extensively, ISDP got their very 1st invitation to perform in a gig at Taman Tampoi Utama, JB called "Ska + Punk Rock = Unite!". They got a lot of good responses from the crowds and also friends.

A month after the gig ended, ISDP got their 1st ever endorsement from Jig Studio located at "Taman Sri Rampai". They had never thought about the endorsement at all. But it is really good when somebody appreciate what the ISDP is trying to do. Please do check the super-duper-friendly-kacak-muah2! buddy Nazril aka Jig by visiting his Jamming Studio's profile. And please spread the news about Jig's. It helps, really.

Now, ISDP are struggling to release their very 1st single in the nearest time, Insya-Allah. Please do contact them if you have any question, gig's invitation, tupperware party, submarine auction or anything else.

They are all nice-dumb-people and won't bite. :)

Website: www.myspace.com/iseedumbpeople
Anda boleh menonton video mereka di youtube, taip I See Dumb People Band. Terima kasih kerana menyokong. ISDP berdesup! :)

Big E (Bundle)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Hari Jumaat petang aku dan abang aku bercadang untuk balik ke kampung bersama bakal isteri abag aku (aziah). Tujuan kami balik ke kampung kali ini untuk abang aku dan mak aku membawa bakal isteri abang aku ni pergi menguruskan hal-hal perkahwinan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi. Jadi aku yang belum nak kahwin ni tahde buat apa-apa pun. Balik rumah tidur, makan masakan mak aku yang aku idamkan selalu, tidur, makan masakan mak aku yang aku idamkan selalu, tidur, menonton televisyen yang tak HD tu. Tu je la kerja aku.

Tapi, di sudut hati aku ini. Aku mengidamkan bundle Big E cawangan bahau. SERIOUS gempak budle ni. Bundle ni jual barang-barang dari US & Japan sahaja. Condition baju, seluar kat bundle ni A - A++. Jadi, setiap aku balik ke kampung, aku mesti rasa nak singgah, kalau aku tak singgah mesti aku terfikir, agak-agak ada barang cun-cun tak ek? Harga yang ditawarkan kat bundle tu memang berpatutan. Bak kata Auntie yang jaga kat bundle tu cakap, harga semua harga borong, tidak mengenal barang atau kondisi baju itu sendiri. Tapi memang betul, ada sekali aku balik hari tu dengan dadak, aku angkat satu kemeja western atau aku lebih senang panggil kemeja tu kemeja butang kaca, aku beli butang kaca Levis harganya cuma RM25.90, cun?

Jadi, dengan itu, aku sekali lagi berhasrat untuk pergi lagi untuk cari lagi kemeja butang kaca, seluar dan sehelai baju Jimi Hendrix yang aku dah aim dari hari tu lagi. Akhirnya berjaya, Yiihhaa! Aku dah lama inginkan baju Jimi Hendrix yang merupakan seorang Guitarist, Song Writer yang berasal dari Amerika.

Aku ni boleh dikatan pengumpul kemeja western, tak kira jenama apa pun, yang penting cun. Kalau dapat kemeja Levis, Wrangler ke, lagi la aku suka. So, kepada sesisapa yang sama minat dengan aku, atau mempunyai Western Shirt, rasa-rasa nak jual, bagi tau eh?

Big E Bundle ni mempunyai banyak cawangan bak kata dadak, yang aku tau ada kat Bahau, Temerloh. Barang diorang kalau ikut kata Taukey ni, hari-hari ada barang baru masuk. Harga pun boleh tahan. Aku tengok sekarang kat Bahau dah ada 5 bundle, memang best. Tapi aku belum pusing lagi bundle-bundle yang lain. Kalau aku dah pusing, aku akan ceritakan dalam blog ni, ok?

Settle!

Selayang, Here I Come!

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Salam Reformasi! :)

Pada 1hb May 2010 aku secara rasminya berhenti kerja dari syarikat Miraxis Sdn Bhd, aku bercadang untuk teruskan hidup aku kat KL ni dengan mencari rezeki dengan Mr & Mrs Mail.

Lately aku macam ada satu penyakit yang aku paling benci, yang aku raa aku pernah raa benda yang sama. Tapi aku tak berapa persan apa penyakit tu. Jadi minggu depan akalu tiada babi melintang, aku akan teruskan kerjaya aku dengan menjadi Junior Graphic Designer di sebuah syarikat yang masih lagi belum dikenali ramai. Minggu lepas aku dijemput untuk masuk kedalam syarikat ini memandangkan syarikat yang aku kerja sebelum ini tidak berapa sesuai dengan jiwa aku. Jadi aku mengambil risiko untuk cuba dalam bidang yang lagi luas kat syarikat pakcik aku ni.

Aku harap, dengan apa yang aku buat ni deredhai Allah dan aku dapat mengubah diri aku untuk terus berguna, sebelum belum ni aku tak berapa berguna sangat. Aku sendiri tak tau apa yang aku sumbangkan kat syarikat lama aku tu. Rasa macam takde je. Mungkin ada, tapi aku takde jiwa. Apa yang aku rasa aku nak buat aku buat je.

Sekarang ni aku tengah bercuti rehat selama 5 hari untuk bersedia dari segi zahir dan batin untuk mulakan di tempat kerja yang baru. Hari ini abang aku akan balik ke kampung halaman jumpa dengan mak aku yang keseorangan di rumah. Dapat makan best! Semoga aku balik hari ini. Allah memberi aku satu suntikan baru dalam diri aku untuk aku terus hidup dengan cara yang macam mana aku nak. Aminn..

Aku rasa macam sedikit tak bermotivasi sekarang, bagus jugak aku balik kampung. Mungkin aku boleh amik motivasi dari mak aku. Pesanan kepada mak: "mak, sori mak, tak dapat belikan Tarmos untuk mak. Gaji baru nanti baru beli eh? :)"

Kali ini aku masukkan entry ni kat cc, haha! buat pertama kalinya.