Big E (Bundle)

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Hari Jumaat petang aku dan abang aku bercadang untuk balik ke kampung bersama bakal isteri abag aku (aziah). Tujuan kami balik ke kampung kali ini untuk abang aku dan mak aku membawa bakal isteri abang aku ni pergi menguruskan hal-hal perkahwinan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi. Jadi aku yang belum nak kahwin ni tahde buat apa-apa pun. Balik rumah tidur, makan masakan mak aku yang aku idamkan selalu, tidur, makan masakan mak aku yang aku idamkan selalu, tidur, menonton televisyen yang tak HD tu. Tu je la kerja aku.

Tapi, di sudut hati aku ini. Aku mengidamkan bundle Big E cawangan bahau. SERIOUS gempak budle ni. Bundle ni jual barang-barang dari US & Japan sahaja. Condition baju, seluar kat bundle ni A - A++. Jadi, setiap aku balik ke kampung, aku mesti rasa nak singgah, kalau aku tak singgah mesti aku terfikir, agak-agak ada barang cun-cun tak ek? Harga yang ditawarkan kat bundle tu memang berpatutan. Bak kata Auntie yang jaga kat bundle tu cakap, harga semua harga borong, tidak mengenal barang atau kondisi baju itu sendiri. Tapi memang betul, ada sekali aku balik hari tu dengan dadak, aku angkat satu kemeja western atau aku lebih senang panggil kemeja tu kemeja butang kaca, aku beli butang kaca Levis harganya cuma RM25.90, cun?

Jadi, dengan itu, aku sekali lagi berhasrat untuk pergi lagi untuk cari lagi kemeja butang kaca, seluar dan sehelai baju Jimi Hendrix yang aku dah aim dari hari tu lagi. Akhirnya berjaya, Yiihhaa! Aku dah lama inginkan baju Jimi Hendrix yang merupakan seorang Guitarist, Song Writer yang berasal dari Amerika.

Aku ni boleh dikatan pengumpul kemeja western, tak kira jenama apa pun, yang penting cun. Kalau dapat kemeja Levis, Wrangler ke, lagi la aku suka. So, kepada sesisapa yang sama minat dengan aku, atau mempunyai Western Shirt, rasa-rasa nak jual, bagi tau eh?

Big E Bundle ni mempunyai banyak cawangan bak kata dadak, yang aku tau ada kat Bahau, Temerloh. Barang diorang kalau ikut kata Taukey ni, hari-hari ada barang baru masuk. Harga pun boleh tahan. Aku tengok sekarang kat Bahau dah ada 5 bundle, memang best. Tapi aku belum pusing lagi bundle-bundle yang lain. Kalau aku dah pusing, aku akan ceritakan dalam blog ni, ok?

Settle!