Selayang, Here I Come!

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Salam Reformasi! :)

Pada 1hb May 2010 aku secara rasminya berhenti kerja dari syarikat Miraxis Sdn Bhd, aku bercadang untuk teruskan hidup aku kat KL ni dengan mencari rezeki dengan Mr & Mrs Mail.

Lately aku macam ada satu penyakit yang aku paling benci, yang aku raa aku pernah raa benda yang sama. Tapi aku tak berapa persan apa penyakit tu. Jadi minggu depan akalu tiada babi melintang, aku akan teruskan kerjaya aku dengan menjadi Junior Graphic Designer di sebuah syarikat yang masih lagi belum dikenali ramai. Minggu lepas aku dijemput untuk masuk kedalam syarikat ini memandangkan syarikat yang aku kerja sebelum ini tidak berapa sesuai dengan jiwa aku. Jadi aku mengambil risiko untuk cuba dalam bidang yang lagi luas kat syarikat pakcik aku ni.

Aku harap, dengan apa yang aku buat ni deredhai Allah dan aku dapat mengubah diri aku untuk terus berguna, sebelum belum ni aku tak berapa berguna sangat. Aku sendiri tak tau apa yang aku sumbangkan kat syarikat lama aku tu. Rasa macam takde je. Mungkin ada, tapi aku takde jiwa. Apa yang aku rasa aku nak buat aku buat je.

Sekarang ni aku tengah bercuti rehat selama 5 hari untuk bersedia dari segi zahir dan batin untuk mulakan di tempat kerja yang baru. Hari ini abang aku akan balik ke kampung halaman jumpa dengan mak aku yang keseorangan di rumah. Dapat makan best! Semoga aku balik hari ini. Allah memberi aku satu suntikan baru dalam diri aku untuk aku terus hidup dengan cara yang macam mana aku nak. Aminn..

Aku rasa macam sedikit tak bermotivasi sekarang, bagus jugak aku balik kampung. Mungkin aku boleh amik motivasi dari mak aku. Pesanan kepada mak: "mak, sori mak, tak dapat belikan Tarmos untuk mak. Gaji baru nanti baru beli eh? :)"

Kali ini aku masukkan entry ni kat cc, haha! buat pertama kalinya.