Semalam

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Aku nak lupakan dulu pasal kerja aku yang aku cakap nak sambung hari tu. Aku nak cerita pasal Yesterday Glory.

Tepat jam 11.20 pagi, "awak, kite sampai!". What?dah sampai, aku bangun dari tempat tidur, masuk bilik air, gosok gigi, usha-usha mata sikit, mana lah tahu ada najis mutawasitah terselit kat mata. Basahkan rambut, basuh muka. Setting muka kasi nampak macam mandi. Keluar bilik air, ambil seluar Dockers Codroy warna coklat, pakai, ambil tali pinggang kat seluar kerja aku kelmarin. Pergi pulak kat tempat sidai baju. Cari t-shirt "Listen To Jimi", dah kering. Cun! Pakai. Capai dedorant, gosok sikit kasi wangi. Kejut Dadak. "Beb, gua nak pakai kereta, amik "member" aku kat Bukit Jalil jap". Dadak cakap, "Ok!". Aku senyum. Dalam hati aku masa tu tak tahu la apa perasaan yang tengah berlaku. Macam-macam.

Panaskan enjin. Handphone aku dah nyawa-nyawa ikan. Dalam hati aku cakap "boleh lagi ni". Nak sedapkan hati. Aku terus teruskan perjalanan aku pergi Bukit Jalil. Slow je aku bawak. Orang taman aku cakap "pelan-pelan kayuh". Fuh! berdebar aku nak cerita kat korang nih.

Sampai sana, ngam-ngam bateri handphone aku mampos! Aku rilex lagi. Cari kedai handphone, mesti dorang ada charger. Terima kasih Apek kasi pinjam lu punya charger. Aku call "dia", "awak, tunggu kat pondok polis, nampak kan?". Dia kata, "Ok!".

Akhirnya, Allah s.w.t pertemukan kami juga. :)

Banyak lagi aku nak cerita, tapi aku nak simpan untuk tontonan kami saja. Walaupun pelbagai rintangan dan konflik semalam. Tapi aku suka! Sekian lama kami tak jumpa, tak pernah jumpa pun. Aku seperti jumpa apa yang aku nak. Macam aku cakap tadi, dah lama hati aku tak disuntik dengan kasih sayang, cinta, rindu yang sebegini hebat.

Siapa dia? Hehehehe. :)

Semalam hari aku yang paling happy!. Aku seperti hidup balik dari mati dalam dunia ini. Menyingkap pelbagai jawapan, keresahan, kekalutan. Terjawab seribu jawapan. Semalam. Terima kasih semalam. :)