Selamat Pengantin Baru

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , , ,

Amacam gambar aku, gerek? Haha. Gambar ni diambil semasa Majlis Perkahwinan abang aku yang berlansung di Felda Palong Timur 2. Sebelum apa apa yang aku tulis, aku nak ucapkan Tahniah kat abang aku dengan Kak Azi kerana berjaya mendirikan rumah tangga mereka.

Lebih kurang 6 bulan keluarga aku rancang untuk majlis abang aku nih. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali. Memang best sangat sebab semua ahli keluarga belah mak dan abah aku datang. Err, aku tak sangka aku dah dapat kakak ipar! Haha. Walau apa pun, aku doakan mereka berbahgia sampai bila-bila. Harap aku dapat anak buah tahun depan, amacam bro? Hehe.

Nanti aku upload gambar abang aku kawen. Mungkin aku akan upload kat FB je, kat dalam blog ni aku letak yang mana cun je, hehe! Ha, aku lupa nak ucapkan terima kasih kepada Juliana Abdullah kerana sudi menghadirkan diri ke majlis abang aku. Kalau dia tak datang memang nak kena. Sebab aku dah pergi rumah dia hari tu. Tapi kali ini dia datang dengan Cik Dollah (Abah Juliana) je. Jadi, sekali lagi diberi kesempatan untuk borak pasal masa depan. Kalau ada sumur di ladang, boleh lah kita ternak kambing, Hihi!

Ni aku nak cerita pasal kenduri hari tu pulak. Masa kenduri hari tu, bos abang aku, En. Zaidi menaja air Sparkling Tongkat Ali X10 sebanyak 2000 tin. Sumpah banyak. Aku rasa dah mabuk Ali orang felda aku tu minum air ni. Masa majlis berlansung, Pekpi (Pakcik aku) dan Seeput (Kawan Pakcik Aku) jadi DJ. Memang gerek. Suka makcik pakcik kat felda aku tu. Pekpi dengan Seeput ada buat cabutan bertuah untuk orang yang tolong-tolong masak, rewang. Jadi, diorang ni mak aku bagi kain, kat kain tu ada tulis nombor. Hadiah Pekpi sponsor. Tak cukup dengan hadiah tu, diorang bagi air Sparkling Tongkat Ali X10 ni. Suka la pakcik makcik ni. Tapi yang aku pelik, makcik makcik yang suka sangat air ni. Sampai Cik Ana mintak kat aku 1 crack air ni. Aku rasa pakcik pakcik malu kot nak amik, Haha! Makcik Pakcik Felda Palong Timur memang sempoi.

Ditambah lagi dengan kawan lama mak dan abah aku datang, seronok sangat. Satu je yang tak berapa seronok. Asal pakcik pakcik, makcik makcik jumpa aku, mesti diorang tanya, "Ko biler lagi?". Bila lagi? Mana la aku tahu. Tunggu je la. Kalau tahun depan jodoh aku, siap sedia la makcik pakcik kat Felda Palong Timur eh? Hehe.

Penat pulak aku taip nih. Lain kali aku cerita lagi. Jaga diri ye.

Settle!