Cinta Ku Tertinggal Di Kluang

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Jumaat, dua puluh tiga julai dua ribu sepuluh. Tepat jam 1800, cepat-cepat aku setelkan kerja. Sebelum tu, aku dah siap-siap kemas baju aku, kasut converse, charger, barang solekan (Haha). Aku keluar je dari pejabat, aku cari selipar aku. Takde?ni confirm Bang Lan rembat. Aku bukak rak selipar, aku nampak ada satu selipar lebih-kurang-macam-crocs. Dalam hati aku cakap, "rembat sudah". Selipar aku pun dah takde. Masuk kereta, kasi panas enjin sikit. Tengok-tengok tayar, cun! Minyak nak kena isi kat R&R Seremban. Hati aku masa ni dah berdebar-debar dah sebenarnya. Rasa nak cepat je semua. Aku rileks lagi. Aku keluar je masuk Jalan Kuching, Adoi! Kesesakan lalu lintas berlaku. Haha.

Takpelah, nak buat macam mana. Nama pun KL. Aku layan je. Masuk MRR2 pun sama. Lagi gila jammed. Masuk Sg. Besi pun sama jugak. Lepas Tol Sg. Besi baru la selesa. Aku bajet nak sampai Kluang lebih kurang pukul 9 lebih. Jadi, dengan kereta BMW 5 series aku, aku kena henjut dalam 150 - 160km/j. Sebab nak kejar masa. Jalan pun lengang. Cun!

Dalam perjalanan aku ni, aku doakan agar tiada apa yang berlaku. Sampai Rock&Radical Seremban, aku isi minyak. Penuh. Lepas ni aku dah malas nak berhenti kat mana-mana. Masa aku bawak kereta ni, hati aku macam-macam rasa ada. Sumpah aku cakap. Tak tau nak rasa apa itu jam. Tengok langit dah gelap. Masa tu aku rasa dah pukul tujuh lebih tak silap aku. Lepas hentian aku jumpa R&R, belambak lambak. Malas nak berhenti sebab nak kejar masa. Badan dah lepak. Air pun takde dalam kereta, takpelah. Aku cuba raba-raba dashboard kat bawah radio kereta aku, kot-kot la ada air. Raba punya raba aku ada rasa macam tin. Tinggi dan ramping, aku angkat je, hah! Sparkling Tongkat Ali X10, Cun lah. Memang Cun. Aku minum sikit, walaupun tak sejuk, tekak dah kering, nak isap rokok pun dah tak sedap. Bukak tingkap, ambil Winston, aku light sebatang. Tarik dalam-dalam. Hembus asap kat tingkap. Selesa.

Beberapa minit kemudian, aku nampak signboard Tangkak lagi 12km. Tiba-tiba aku teringat Naim. Kawan baik aku masa aku lepak kat Muotown. Sebelum simpang Tangkak tu, ada satu hentian Kg. Bemban,aku ingat nak berhenti kejap nak telefon Naim. Aku pun berhenti la kejap. Aku beli air Nescafe, beli satu pau ayam. Nampak macam sedap je kuih pau tu. Duduk kat kereta, bukak pintu, berdiri sambil tangan kanan kat pintu yang terbukak tu, kaki bersilang, possing macam nak telefon awek, tangan kiri pegang rokok, tangan kanan terlipat letak kat telinga kanan sambil pegang telefon, macam nak telefon awek, tapi aku telefon Naim.

Aku: Weh, ko kat mana?
Naim: Aku kat rumah Azza ni.
Aku: Ko tak balik Kluang ke?
Naim: Balik, esok pagi aku balik, ada kerja sikit malam ni, aku nak mencanggihkan komputer orang.
Aku: oh ye ke. Aku nak pergi Kluang ni, ingat nak pungut kau.
Naim: Takpelah, esok ada rezeki kita jumpa.
Aku: Orite im. Bye!

Dalam hati aku cakap, "mamat ni buat lagi kerja mencanggihkan komputer orang rupanya, bagus". Aku pun teruskan perjalanan aku. Lepas je simpang Tangkak, hati aku dah rasa best sikit sebab aku dah masuk Negeri aku, Johor. Bermakna dah tak jauh sangat dah nak sampai Kluang. Itu jam aku senyum je.

Aku nampak Pagoh je aku senyum. Aku nampak Yong Peng pun aku senyum. Aku nampak Ayer Hitam je aku gelak. Haha. Aku keluar kat Tol Ayer Hitam. Sampai kat pemintak-sedekah-tol tu, aku bagi tiket. RM 32.40. Setel. Tiba di persimpangan yang aku nanti-nantikan. Ke kanan lah simpang yang aku nak pergi. Sekali lagi aku nampak signboard, tapi kali ni aku nampak signboard Kluang pulak. Lagi 17km. Eh! Dah tak jauh rupanya. Tengok jam baru pukul sembilan lebih. Cun! memang sempat aku nak pergi jenguh "dia" kat "situ".

Dipendekkan cerita, sampai je aku kat "situ". Aku masuk kedai "tu". "Dia" terkejut. Siap kena halau. Hehe. Memang seronok lah sangat. Rindu la katakan. Kami habiskan masa bersama selama dua hari bersama keluarga "dia". Dan semalam, satu benda yang aku tak suka. Bila aku dah nak balik. Sedih sebab tak tahu bila dapat jumpa lagi. Rindu sebab nanti dah nak jauh. Sekarang pun tengah rindu lagi.

Dan sekarang, aku dah kat ada KL. Cinta aku, aku tinggalkan kat Kluang. Untuk kami mencari periuk nasi. Teruskan hidup walaupun jauh. Walaupun hati ni memang berat untuk nak tinggalkan. Tapi kami akur, belum tibanya masa untuk kami bersama selalu. Ikutkan hati, memang taknak balik. Biasalah. Sampai kita jumpa lagi.

Aku tinggalkan separuh hati aku untuk dia. Untuk dia rasa apa yang aku rasa. Untuk aku dapat rasa rindu yang semakin membuat aku ingin selalu kesana.

Aku rindu.