Boleh Tahan Pemalas Aku Nih

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , ,

Salam Sejahtara, Salam Reformasi!

Huh, seriuos gila lama aku tak update blog nih. Aku ingat bila aku kerja kat KL, aku dapat luangkan masa bersama blog, tapi malangnya tidak. Belambak lambak kerja yang aku kena pikul hari hari. Lagipiun sekarang aku dah tak lepak Bangi lagi, sebab Bangi busuk. Sekarang aku ada port baru, Cheras. Beberapa minggu lepas, tapi aku rasa dah sebulan lebih kot. Aku dan abang aku berjumpa dengan member lama, orang Palong Timur panggil, Old Friend at the Old Days. Setiap pertemuan itu pasti ada hikmahnya. Dadak nama diberi. So sekarang, aku merempat kat rumah dia. Siapa dadak? Cari sendri.

Sekarang aku masih seperti dahulu, menjalankan kerja kerja merekabentuk iklan atau apa sahaja jenis multimedia marketing. Walaupun status design aku masih lagi di bawah tanah, tapu aku cuba untuk merangkak hingga aku berada di atas tanah. Dah lama aku tak bukak photoshop. Sampai photoshop aku buat hal, apasal tah. Aku minat photoshop ni sejak aku mengenali Dean (I See Dump People), nanti aku link kan blog dia kat sebelah kanan page ni. Dia punya design gile cun. Tertarik sebab ciri ciri design yang dia buat kena dengan jiwa aku, mungkin korang boleh search kat Google, taip "pathetic solution design (PSD)".

Sampai hari ni aku masih lagi berjuang untuk tingatkan skill aku dalam design, memang boleh cari duit buat kerja kerja ni kalau dah tahap awan. Setiap kali aku menghadap PSD ataupun AI, aku cepat buntu dengan idea idea merepek tapi kreatif untuk aku curahkan dalam artwork aku, tapi aku tetap tak putus asa sebab aku rasa aku boleh buat. Aku harap aku boleh jadi seperti Andy Warhol ataupun mereka mereka yang superb dalam seni lukisan atau grafik.

Lepas ni kalau sticker Sparkling Tongkat Ali dah tampal kat semua peti ais di seluruh malaysia, tak kira dimana jua kedai, itu mungkin aku yang buat, hehe! Aku teringin nak jadi towkey Tongkat Ali bos aku nih. Baru mengancam.


Settle!