Aku

Posted: by ModulaOblongata in Labels: ,

Aku, selau bermain dengan perasaan sendiri. Memikirkan benda-benda yang tak patut aku fikirkan. Aku memang macam ni. Selalu macam ni.

Kadang-kadang aku macam malas nak fikir apa jenis malapetaka yang terjadi kat diri aku ni. Maksud aku perasaan aku. Macam takde jawapan yang sesuai. Banyak kali aku tanya. Tiap kali aku baring aku duduk ada je benda yang aku rasa kurang dalam diri aku. Macam ni ke aku?

Aku cuma mahukan rasa ketenangan abadi. Aku seperti mahu lari dari kekusutan dan kekalutan ni. Sungguh aku tak lagi mampu nak tanggung beban yang bagi aku menyusahkan aku. Kenapa aku perlu menyusahkan diri aku macam ni.

Aku ni seorang yang tak praktikal rasanya. Aku punya hati dan perasaan yang sangat sensitif. Kadang kadang ia menyusahkan aku. Aku tahu dia rasa susah dengan aku. Tiap benda aku rasa boleh menggugat perasaan aku. Aku akan cakap. Aku ni cepat kelaut. Lepas aku cakap cakap cakap. Tetiba aku rasa kesian pulak, mula la aku terfikir kenapa aku macam ni. Dan mulalah aku rasa benci kat diri aku sendiri. Aku mahukan perbuahan dengan dia. Perubahan yang membolehkan aku matang dan cerdik memikirkan hati orang lain. Walau hati aku macam ni. Dia, dialah yang selalu menjadi mangsa hati aku. Dia?Siapa?Dia adalah..

Nuna, kekasih hati dan minda aku. Memberi aku inspirasi untuk aku teruskan hidup ni walau susah walau senang kami berjanji bersama. Terima kasih kerana sanggup bersama dengan aku walau aku ni payah orangnya. Aku rasa bersalah dengan dia sebab banyak benda yang aku rasa aku merepek. Orang putih cakap disgusting, erk? Aku janji aku tidak lagi seperti sebelum ni. Nuna, aku hanya manusia biasa yang tak punya apa. Yang ada cuma hati, perasaan. Aku takut akan kehilangan kau disisi. Walaupun pelbagai dugaan, tapi aku tetap akan bersama kau. Maafkan aku atas kekurangan aku.

Aku rasa mungkin hidup aku bosan kat sini. Kat Kota Dosa, Kota Neraka bagi aku. Penuh dengan orang yang mengejar duit untuk mereka hidup. Hinggakan lupa akan Halal dan Haram. Asalkan dapat duit. Tapi disini jugak lah aku mencari rezeki. Untuk menampung hari-hari hidup aku kat sini. Bila aku rasa bosan akan kehidupan ni, kepala otak aku mula bercelaru. Tak berkembang malah menguncup seperti bunga yang tidak dibaja dan disiram. Membuatkan aku rasa aku sangat bodoh. Dan boleh buat aku rasa tak tenang. Dalam erti kata lain aku kusut.

Aku perlu pergi ke satu tempat yang aku tak fikir semua ni. Hanya aku dan dia. Dari pagi sampai malam, dari malam sampai pagi keesokaannya. Aku mahu tenang, mahu hirup udara kebahagiaan. Mahu fikir tentang masa depan. Tak mahu memikirkan yang lepas. Yang buruk bagi aku. Yang busuk bagi aku.

Bagi aku ketenangan adalah satu keperluan. Kebahagian adalah satu impian. Aku mahu buang semua yang keruh yang ada pada aku. Tiap apa yang didepan aku, masih banyak aku perlu aku bekalkan dari sekarang.

Aku, aku dan aku. Bukan tiga tapi satu. Hanya satu untuk dia. Hanya dia untuk aku. Tapi, bila aku sudah tiada nanti. Aku mahu kau teruskan semua ni. Bersama apa yang pernah kita lalui. Aku, mohon pada aku, agar aku bahagia. Cipatalah sebuah cerita indah. Nuna, aku rindu ingin berada disisi mu. Hinggakan derita rindu ini memecahkan emosi hati dan perasaan aku.

Aku...