Again, Tired

Posted: by ModulaOblongata in

Aku tak tahu apa nak cakap kali ni. Aku tak mampu nak cakap, luah. Aku tak tahu apa nasib aku kali ni. Apa yang aku mampu, cuma.. :'-(

Aku tak tahu aku di pihak mana sekarang. Aku tak tahu apa hati aku sekarang. Aku dah makin tak kenal aku. Aku cuma tahu nama aku. Kalau aku salah, aku akan tetap salah. Aku akan cari mana kesilapan tu.

Mungkin hidup ni makin hari makin susah. Mungkin aku sudah meningkat dewasa. Harus berfikir lebih waras dan matang. Tidak lagi di takuk yang lama. Ayat aku makin tak bernyawa. Senyum aku dah tak lagi bernafsu.

Aku tak tahu apa yang aku nak. Aku seolah tiada lagi pendirian. Tiada lagi harapan. Kadang-kadang benda ni buat aku makan diri. Aku murung. Aku diam. Aku sedih. Aku tidur. Sebelum aku tidur, aku harapkan dunia tak lagi seperti sebelum aku lelap. Aku mahu mimpi yang indah. Bila aku celik mata. Aku dapat lupa semua. Bila aku bangun je, aku nak senyum. Aku nak ucapkan Hi kat semua orang ataupun Selamat Pagi dengan penuh ceria dan cemerlangnya. Lepas tu, aku nak mandi wangi-wangi. Aku nak pakai handsome-handsome. Sembur minyak wangi. Lepas tu, aku nak keluar rumah dengan gayanya. Walaupun tak siapa yang nampak. Aku masuk kereta yang baru aku beli semalam. Masih lagi bersih, masih lagi berbau kedai kereta.

Korang faham tak apa maksud cerita aku ni? Aku bukan jenis orang yang suka bercerita tentang perasaan. Bukan aku yang jenis menunjuk kelebihan. Aku suka akan sederhana. Segalanya sederhana. Aku tak tahu bila akan berakhir.

Satu aku berdoa, aku mahu aku yang baru. Tapi bila aku fikir macam ni. Secara tiba-tiba aku terkenang dosa aku yang dulu. Tak kira antara aku dengan Tuhan atau aku dengan Makhluk Tuhan. Jiwa aku selalu kacau. Kacau bilau. Macam aku masuk dalam semak yang tinggi dan tak tahu mana aku nak pergi. Sentiasa mencari. Cari jalan yang benar. Aku pasti, ada.

Aku tak boleh lari dari semua ni. Tapi aku selalu macam tu. Bila aku nak berubah. Aku macam makin teruk. Pengalaman tak mematangkan fikiran. Ini teruk. Aku teruk.

Damn!