Love Buzz

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , ,

Would you believe me when I tell you, You're the queen of my heart,
Please don't deceive me when I hurt you, Just ain't the way it seems



Aku tak pandai nak berpuisi, berkata indah. Bagai pujangga yang dilamun cinta. Aku juga bukan Kenny G yang pandai bermain muzik cinta. Aku tahu kau mungkin tertanya tentang perasaan aku. Sebab aku sering diam. Bukan marah. Bukan ada masalah. Tapi aku selalu bermain dengan kata hati aku sendiri. Yang mungkin syaitan yang suka menghasut untuk memecahbelahkan kita.

Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. Aku tak mampu nak tinggalkan kau seorang diri. Aku cuma nak masa untuk aku sesuaikan diri aku. Bukan mudah. Aku tahu. Aku juga ingin memiliki hati mu sepenuhnya. Walaupun aku tahu kau dah pun reserve hati kau untuk aku. Aku bukan taknak. Tapi aku akan ambil sikit demi sedikit. Aku tak mahu seolah aku memaksa diri aku berbuat demikian. Aku ingin kelainan. Baru. Fresh.

Satu aku nak cakap, aku sayangkan kau sangat. Perempuan yang memakai spek mata. Wajah seakan cina. Keras hati orangnya. Kurus tinggi orangnya. Pemalu sikit mungkin. Sayangkan binatang. Tapi takut dengan lipas. Selalu menceritakan masalah kat aku. Selalu rindu kat aku. Selalu mengambil berat tentang aku walau aku memegang kepala kau terus tanya aku samada aku sakit kepala atau gatal kepala. Belum pernah ada orang seperti kau. Kau yang hadir seolah mudah bagimu. Indah bagi aku. Senyum kau buatkan aku tersenyum juga. Tiada yang lain selain kau, Asma Ul Husna. Aku terlalu sayangkan kau.

Maafkan aku kalau aku macam mencurigai chenta kau. Tapi percayalah, itu semua dugaan hati aku. Doakan agar kita tetap bersatu. Sampai bila-bila.

Aku, chenta kamu. Sabarlah, aku tahu kau mahukan anak hasil kita berdua. Tapi izinkan aku cari duit dulu. Untuk kau. Kau yang aku chenta.