Kerjaya

Posted: by ModulaOblongata in Labels: , , , ,

Aku sampai pejabat hari ni dengan kadar yang sangat kurang ajar, jam 9:50. Perangai aku sebelum masuk pejabat, aku akan ushar dulu bilik Bos aku. Lampu bilik tu menyala ke tak. Hari ni aku tengok menyala, pintu terbukak. Pastu aku tengok Wan duduk kat pintu. AKu dah agak dah ni mesti dan start mesyuarat.

Aku pun buat muka yakin je masuk bilik Bos, sambil sengeh. Bos aku cakap "masuk,selamat pagi". Aku balas dengan senyuman paling indah dalam dunia. Aku pun duduk dan teruskan mendengar. Macam-macam la Bos aku ni bebel. Aku sedar masing-masing sebelum ni kerja macam tak produktif. Dah mula ada perangai tak amik kesah pasal masuk kerja termasuk aku. Rumah dekat tapi masuk lambat. Apa kes? Biasa la tidur bilik ada aircond brader. Aircond punya celsius taknak 18 pulak kan. Kipas pulak macam tiga kan.Memang terbaek!

Bila aku dengar apa yang Bos aku cakap tadi, semangat untuk nak teruskan kerjaya aku kat sini mula membuak. Aku harap sangat kali ni membuak sampai mati. Aku taknak lepas meeting aku dah hilang mood balik. Tapi sangkaan aku betul. Sekarang aku dah kurang mood. Aku fikir jauh. Aku ada harapan ke duduk kat sini. Aku blur. Puzzle. Kat atas kepala aku macam banyak tanda soal.

Aku rasa aku kena lupakan sekejap apa yang dalam kepala otak aku sekarang. Petang ni aku dah nak gerak balik Palong. Hari sabtu ada rombongan Cik Senah. Mini rombongan je la. Sebab aku pergi dengan mak aku je. Aku mau rehat. Rehat dari peperangan hati aku yang selama ni asyik bergaduh dengan diri sendiri.

Dalam erti kata lain, aku mahukan masa untuk aku sendiri untuk aku boleh berfikiran lebih positif. Aku dah bosan duduk sini.